Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.pik] | توڤيک

Definisi : perkara (yg dibincangkan, diper­cakapkan, dipelajari, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pik] | توڤيک

Definisi : perkara yg dibincangkan, di­bualkan, dipelajari, dll: “Bagaimana pelajaran sekarang?” Mustaza membuka ~ perbualan. bertopik mempunyai topik: karya yg tidak ~. bertopikkan mempunyai sesuatu sbg topik: perbualan yg ~ hal semasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata topik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tangentialitytangentialitiPerubatanPsikiatriGangguan pemikiran apabila seseorang yang sedang berbual-bual tiba-tiba bertukar ke topik yang lain dan tidak kembali ke topik yang asal. Keadaan ini sama seperti yang dialami oleh pesakit skizofrenia, penyakit dwikutub dan sindrom otak organik.
newsgroupkumpulan beritaTeknologi MaklumatTiadaSatu kumpulan perbincangan tentang sesuatu topik tertentu di dalam Internet. Mesej yang dijanakan oleh pelanggan dalam kumpulan ini, boleh dicapai oleh semua pelanggan kumpulan perbincangan ini. Kumpulan ini dikenali sebagai forum dalam talian. Contoh kategori topik utama ialah news(berita), rec(rekreasi), comp(komputer), sci(sains) dan soc(persatuan). Untuk mereka yang berminat tentang hal ehwal Malaysia terdapat kumpulan berita Malaysia.culture.soc. Sinonim forum dalam talian
poure mathematicsmatematik tulenMatematikTiadaCabang matematik yang melibatkan pengajian sistem dan struktur matematik secara abstrak. Istilah ini biasanya digunakan dalam kurikulum peringkat universiti untuk meliputi topik seperti analisis, algebra, geometri dan topik lain yang berkaitan. Bandingkan matematik gunaan.
topical studykajian topikPerpustakaanTiadaTiada
topics for censusestopik banciSosiologiTiadaTiada
taught curriculumkurikulum pengajaranPendidikanTiadaPengajaran topik atau bidang kurikulum bertulis yang dilaksanakan di bilik darjah.
stemmatic methodkaedah stematikKesusasteraanTiadaMembandingkan beberapa naskhah mengenai satu topik untuk mencari teks yang paling mendekati teks asli dengan menggunakan data-data dari naskhah tersebut. Contoh: kajian terhadap teks Wangbang Wideya yang di selenggarakan oleh S.O. Robson.
e-discussione-perbincanganTeknologi Maklumate-PembelajaranPerbincangan mengenai sesuatu topik secara elektronik melalui platform media sosial.
monographmonografKesusasteraanTiadaKarangan yang sempurna, lengkap dan mendalam mengenai sesuatu topik kajian.
documentary analysisanalisis dokumentariPendidikanTiadaAnalisis kandungan dokumen secara sistematik untuk menyiasat topik atau tema tertentu.
123456

Kembali ke atas