Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[toraks] | تورکس

Definisi : (Bio) 1. bahagian badan mamalia (tidak termasuk tangan) yg terletak di antara leher dgn abdomen; 2. bahagian badan serangga yg terletak di antara kepala dgn abdomen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[toraks] | تورکس

Definisi : ist 1 bahagian badan yg diling­kungi tulang rusuk. 2 bahagian badan serangga di antara kepala dgn abdomen (kepak dan kaki terdapat di bahagian ini). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata toraks


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan terdahulu. Lalu, jawapan untuk soalan no. 2 saya ialah...?: 2) Antara 'pembedahan torasik' (dalam Kamus Inggeris-Melayu untuk 'thoracic surgery') dan 'bedah toraks' (dalam Kamus Istilah untuk 'thoracic surgery'), adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? Bolehkah saya nyatakan sebagai tiada perbezaan, kedua-duanya betul, dan hanya beza takrifan kamus? Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih.Kedua-dua istilah tersebut sama, cuma berbeza dari segi pembentukan kata.Istilah07.02.2012
Salam sejahtera, 'Surgery' vs 'Pembedahan' vs 'Bedah': Laman web Hospital UKM mempunyai "Department of Oral and Maxillofacial Surgery" yang dalam versi Bahasa Melayu ditulis sebagai: 'Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial'. Kamus Istilah Malaysia pula menyatakan "Vascular Surgery" sebagai 'Pembedahan Vaskular", tetapi "Transplantation Surgery" sebagai "Bedah Transplantasi". Manakala Kamus Inggeris-Melayu Dewan menyatakan "Thoracic Surgery" adalah 'Pembedahan Torasik', tetapi Kamus Istilah Malaysia menyatakannya sebagai 'Bedah Toraks'. Soalan saya: Menurut rumus/kaedah/cara DBP, bila boleh saya menggunakan 'surgery' (BI) sebagai (a) pembedahan, dan (b) bedah? Adakah mengikut konteks (apakah konteks tersebut)? 2) Antara 'pembedahan torasik' dan 'bedah toraks', adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? 3)Dalam konteks 'pembedahan mulut', adakah 'pembedahan' kelas kata nama? Manakala dalam 'bedah mulut', adakah 'bedah' itu kelasnya kata kerja? Khidmat nasihat dari pihak DBP terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.Menurut istilah perubatan, surgery diberi padanan sebagai pembedahan atau bedah/surgeri bergantung pada konteks dan penggunaan yang bersesuaian. Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon).Istilah03.02.2012
Salam sejahtera, Saya rujuk: Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon). Adakah penggunaan 'bedah' sebagai kata nama bila digabungkan dengan kata lain boleh dinyatakan sebagai contoh kejadian 'conversion' dalam tatabahasa B.Melayu? ( http://en.wikipedia.org/wiki/Conversion_%28linguistics%29). Terima kasih atas penjelasan saudara.Bedah toraks (thoracic surgery) ialah istilah perubatan dan biologi, termasuk istilah MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia). Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, dari aspek tatabahasa peristilahan, istilah boleh dibentuk dengan menggunakan kata tunggal (tanpa imbuhan), kata terbitan, kata ganda, dan bentuk gabungan. Pembentukan sesuatu istilah juga bergantung pada konsep bidang berkenaan dan hasil perbincangan sesama pakar bidang tersebut.Istilah07.02.2012
Assalamualaikum, selamat sejahtera.., saya mempunyai pertanyaan berkaitan kata "jentu" (dalam KD) yang bermaksud "tangkai bunga yang terbesar pada bunga yang berkarang". Adakah kata ini seerti dengan istilah botani "peduncle" atau Melayunya "pedunkel" yang merujuk pada "tangkai yang menyokong sekuntum bunga atau jambak bunga"? Pedunkel ini mempunyai cabang kecil yang disebut "pedisel" atau "tampuk".Kata jentu tidak seerti dengan kata pedunkel. Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 895) dan Pangkalan Data Istilah DBP;

jentu kata nama
tangkai bunga yang terbesar atau yang utama pada gubahan bunga.

manakala,

pedunkel (peduncle)
Bidang: Biologi, Histologi dan Sitologi
1. Tangkai infloresens.
2. Jalur gentian putih yang bersambung dengan pelbagai bahagian otak.
3. Tangkai krinoid, brakiopod dan barnakel, atau protozoon yang tetap.
4. Penghubung toraks dengan abdomen artropod.

Penggunaan kedua-dua kata ini bergantung kepada makna dan konteksnya.
Makna29.05.2023

Kembali ke atas