Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[toraks] | تورکس

Definisi : (Bio) 1. bahagian badan mamalia (tidak termasuk tangan) yg terletak di antara leher dgn abdomen; 2. bahagian badan serangga yg terletak di antara kepala dgn abdomen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[toraks] | تورکس

Definisi : ist 1 bahagian badan yg diling­kungi tulang rusuk. 2 bahagian badan serangga di antara kepala dgn abdomen (kepak dan kaki terdapat di bahagian ini). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata toraks


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDOMEN

Abdomen ialah rongga badan di antara toraks

(dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang

kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan

abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur

yang memisahkan abdomen dari rongga

pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati,

pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa.

Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum

melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi

kebanyakan organ abdomen.

UMUM 
DADA

Dada, yang juga dinamakan toraks, ialah bahagian

badan di antara pangkal leher dengan abdomen.

UMUM 
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM 

Kembali ke atas