Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berkaitan dgn, bersifat, atau meng­ikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh orang asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bersifat atau bercorak tra­­disi: masyarakat ~ masyarakat yg mengamal­kan cara hidup yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tradisional


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balada tradisionalbalada tradisionalKesusasteraanTiadaLihat balada popular
spellsjampi serapahKesusasteraanTiadaUcapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja.
traditional medicineubat tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranLihat produk ubat tradisional.
traditional buildingbangunan tradisionalKesenianTiadaBangunan yang mempunyai ciri-ciri seni bina tradisional sesuatu kaum atau wilayah yang sudah dikenali sejak turun temurun.
traditional style residencekediaman ala tradisionalLandskapTiadaRumah yang mempunyai reka bentuk gaya tradisional sama ada dari bahan, buatannya, ruang dan susun aturnya.
Chinese traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional CinaHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan teori yang menegaskan bahawa semua proses dalam tubuh manusia adalah saling berkait dan sentiasa berinteraksi dengan alam persekitaran. Sistem ini berasal dari negara China tetapi telah tersebar dan diguna pakai di Asia Timur, termasuklah Jepun dan Korea. Sistem ini menggunakan kaedah rawatan seperti pengambilan ubatan herba, akupunktur dan pengurutan. Contoh ubatan Cina ialah ginseng yang dipercayai berkhasiat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.
Unani traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional YunaniHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan prinsip bahawa penyakit merupakan satu proses semula jadi dan simptomnya ialah tindak balas tubuh manusia terhadap penyakit. Sistem ini berasal dari Greek dan diperkaya oleh ilmuwan Arab dan Parsi. Sistem ini menggunakan teori praandaian bahawa keseimbangan empat cecair, iaitu darah, gelema, hempedu kuning dan hempedu hitam perlu untuk memastikan keadaan fikiran dan jasmani yang sihat. Sistem perubatan ini menggunakan terapi yang mengutamakan disiplin yang ketat, pemakanan khas dan farmakoterapi. Contoh ubatan Yunani ialah jintan hitam atau habatussauda (Nigella sativa) yang telah dikenal pasti berkesan untuk merangsang fungsi imun manusia.
popular balladbalada popularKesusasteraanTiadaPuisi naratif yang tidak diketahui penulisnya dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Juga dikenali sebagai sebagai balada rakyat atau balada tradisional. Sinonim balada tradisional
traditional medicine registrationpendaftaran ubat tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranProses untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa bagi memasarkan produk ubat tradisional di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR).
traditional medicineperubatan tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranGabungan ilmu, kemahiran, dan amalan masyarakat tempatan berdasarkan teori, kepercayaan, dan pengalaman budaya masing-masing. Perubatan tradisional yang diamalkan dalam penjagaan kesihatan termasuklah pencegahan, pengenalpastian, penambahbaikan atau perawatan penyakit fizikal dan mental.
12345678910...

Kembali ke atas