Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trak] | ترک

Definisi : lori berat: kami mengikutnya keluar stesen besar itu dan melihat beberapa buah ~ tentera menunggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trak] | ترک

Definisi : sj lori utk mengangkut barang-barang berat (spt yg digunakan oleh tentera dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tafsiran untuk perkataan TRAK TUNDATrak Tunda ialah sejenis trak / lori yang digunakan untuk menunda kenderaan lain sama ada kenderaan tersebut dibawa di atas trak  atau ditarik.Makna05.02.2020
Salam Sejahtera , Ingin minta bantuan dapatkan ejaan jawi untuk : 1) PENGEDAR TRAK BAHARU 2) PENGEDAR KERETAEjaan Jawi bagi PENGEDAR TRAK BAHARU ialah ڤڠيدر ترک بهارو

Ejaan Jawi bagi PENGEDAR KERETA ialah ڤڠيدر کريتا



 
Ejaan22.09.2021
Salam sejahtera, Adakah "Non-CAN Lift Truck" boleh diterjemahkan kepada "Trak Pengangkut Bukan-CAN"? Frasa digunakan dalma bidang kejuruteraan. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Berdasarkan rujukan istilah bahasa Melayu, "lift truck" diterjemahkan sebagai trak pengangkat. Sila berikan kata nama penuh bagi akronim CAN kerana CAN tidak wujud dalam daftar kata kami.Makna22.11.2018
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk: 1)Blood orange. 2)Tempered chocolate. 3)Pushing boundries. 4)Food truck (menjual makanan dari trak) 5)Century egg 6)Chicken tenders (sejenis hidangan) 7)Pan-sear (cara masakan) 8) Bezel (untuk jam tangan dan telefon bimbit) 9)South Carolina (adakah ia kekal seperti itu atau diterjemah sebagai Carolina Selatan?) 10) Mengapakah ayat sukakan, rindukan dan sepertinya salah dari segi gramatis?1. Padana bahasa Melayu untuk "food truck" ialah trak makanan. South Carolina perlu diterjemah kepada Carolina Selatan. Perkataan lain yang dikemukakan tidak mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. Sila berikan konsep istilah tersebut untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
2. Tidak ada perkataan "rindukan" dan "sukakan" dalam bahasa Melayu. Bentuk yang betul ialah suka akan dan rindu akan.
Istilah21.10.2016
Salam sejahtera. Apakah penggunaan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi "road train"? Kenderaan ini merupakan sejenis kenderaan seperti trak besar yang boleh menarik beberapa buah treler di belakangnya, seperti kereta api. Terima kasih.

Perkataan road train memang tidak terdapat dalam data DBP. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai tren tunda.

Istilah01.07.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "Truck Mounted Fertilizer Spreaders"? Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "truck mounted fertiliser spreader" ialah penabur baja cagak trak.Istilah29.01.2016
Cadangan perkataan KEMBALIK diletakan di dalam kamus dan diberi maksud.. KEMBALIK adalah istilah kepada Towing TruckDalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan kembalik. Kembalik ialah Kenderaan Trak Tunda yang biasanya digunakan oleh Tentera untuk menunda kenderaan tentera yang rosak untuk ditarik balik ke kem atau bengkel. Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan kami kemukakan kepada pihak pengurusan DBP, Terima kasih.Lain-lain01.12.2020
Kifli Bujang SEL 1.57 PTG Kifli Bujang Mohon bertanya... foodtruck diterjemah kepada perkataan Kendera Saji? Adakah itu benar? Saya mahu menggunakan perkataan ini secara rasmi bagi kementerian.Padanan yang telah diterima pakai bagi food truck ialah trak makanan.Istilah26.09.2017
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
12

Kembali ke atas