Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trak.tor] | ترکتور

Definisi : kenderaan bermotor yg mempunyai dua roda belakang yg besar, yg biasanya di­guna­kan utk menarik beban spt mesin bajak atau mesin tua: sebuah ~ sedang meratakan tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trak.tor] | ترکتور

Definisi : kenderaan bermotor yg diguna­kan utk membajak (meratakan dll) tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata traktor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN PENYEMAI

Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai

pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor

untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di

dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada

kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira

15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya

terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat

penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek.

Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah.

Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang

mengandungi biji yang hendak disemai. Alat

penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar

corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang

disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda

tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah.

UMUM 
MESIN PENUAI KOMBIN

Mesin penuai kombin ialah mesin ladang yang

memotong dan membanting bijian atau tanaman

lain dalam satu operasi. Sesetengah mesin adalah

besar dan berkuasa sendiri. Yang lain adalah lebih

kecil yang ditarik oleh traktor. Mesin penuai

kombin yang besar memotong baris tanaman yang

lebih lebar daripada enam meter. Mesin yang kecil

memotong baris tanaman sehingga kira-kira dua

meter lebarnya. Mesin yang mempunyai alat

tambahan khas boleh memungut dan membuang

kulit jagung, kacang soya, dan tanaman lain.

UMUM 
PETROL

Petrol adalah satu daripada bahan api terpenting

yang digunakan untuk pengangkutan. Kebanyakan

petrol digunakan dalam enjin yang menggerakkan

kereta dan trak. Enjin petrol juga menggerakkan

kenderaan dan mesin seperti kapal terbang,

motobot, traktor dan mesin rumput. Petrol

kadangkala dikenali sebagai gasolin.

UMUM 
SAMARKAND

Samarkand (pend. 515 000) ialah bandar yang

kedua besarnya di Uzbekistan dan bekas ibu

negaranya. Untuk lokasinya lihat Uzbekistan (peta).

Bandar ini merupakan pusat pendidikan. Kilang-

Kilangnya membuat komponen radio, sutera,

superfosfat dan bahagian-bahagian traktor.

Samarkand menduduki tapak Marakanda purba.

Iskandar Agung memusnahkan Marakanda pada

tahun 329 S.M. Pada tahun 1300-an, Tamerlane,

penakluk Mongol, memilih bandar ini sebagai ibu

negaranya.

UMUM 
TAYAR

Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah

roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah

yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan

pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia

digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta,

jentera melombong, motosikal, kenderaan

rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam

kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat

daripada getah padat, seperti yang digunakan pada

kereta sorong.

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 

Kembali ke atas