Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tran.sak.si] | ترنسکسي

Definisi : IB 1. penyelesaian pembayaran dlm perniagaan (perdagangan); 2. persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urus niaga: bahasa Inggeris digunakan utk membuat ~ perdagangan dgn semua provinsi India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transaksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
invalid transactiontransaksi tidak sahTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTransaksi yang gagal memenuhi atau menepati syarat transaksi lengkap. Transaksi capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut.
data base transactiontransaksi pangkalan dataTeknologi MaklumatTiadaProses interaksi atau aktiviti yang dibuat dengan sistem pengurusan pangkalan data atau sistem seumpamanya. Transaksi ini adalah yang koheren dan boleh dipercayai serta bebas daripada transaksi lain. Contohnya maklumat pengeluaran wang pada mesin juruwang automatik akan direkodkan dalam sistem pengurusan pangkalan data MEPS.
OLTP (online transaction processing)OLTP (pemprosesan transaksi dalam talian)Teknologi MaklumatTiadaPemprosesan transaksi dalam talian dalam masa nyata. Contohnya mesin ATM, e-bank dan pengeluaran tiket kapal terbang.
Secure Electronic Transaction (SET)transaksi elektronik selamat (SET)Teknologi MaklumatTiadaSistem yang direka bentuk untuk menjamin transaksi kad kredit dalam Internet lebih selamat. Nombor kad kredit akan disulitkan supaya nombor kad kredit sukar dicuri oleh pedagang atau orang lain yang tidak bertanggungjawab. Hanya syarikat kad kredit yang boleh menyahsulit nombor kad kredit tersebut.
electronic cashwang tunai elektronikTeknologi MaklumatTiadaNama generik bagi sistem kewangan yang melaksanakan transaksi melalui media elektronik. Sistem ini digunakan untuk transaksi tunai melalui Internet atau sistem penyimpanan nilai digital untuk urusan jual beli dan bayaran perkhidmatan. Pemindahan Dana Elektronik (EFT), Touch n Go dan MEPS Cash pada MyKad adalah contoh wang tunai elektronik. Juga dikenali sebagai wang elektronik dan wang digital.
electronic cashwang tunai elektronikTeknologi MaklumatTiadaNama generik bagi sistem kewangan yang melaksanakan transaksi melalui media elektronik. Sistem ini digunakan untuk transaksi tunai melalui Internet atau sistem penyimpanan nilai digital untuk urusan jual beli dan bayaran perkhidmatan. Pemindahan Dana Elektronik (EFT), Touch n Go dan MEPS Cash pada MyKad adalah contoh wang tunai elektronik. Juga dikenali sebagai wang elektronik dan wang digital.
timestampcap masaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRekod masa atau tarikh yang ditulis pada suatu transaksi, mesej, atau data dengan tujuan membezakannya daripada yang lain. Cap masa digunakan untuk mencegah pengulangan sesi komunikasi yang mungkin boleh digunakan dalam pemalsuan transaksi elektronik. Cap masa juga kerap digunakan apabila tiada ciri lain yang boleh membezakan dua atau lebih transaksi, mesej atau data tersebut.
relational databasepangkalan data hubunganTeknologi MaklumatPerisianPangkalan data yang mengumpul data dengan menggunakan atribut sepunya yang didapati dalam set data. Susunan data yang teratur dalam pangkalan data memudahkan pengguna memahami keputusan yang dihasilkan. Contohnya, set data yang mengandungi kesemua transaksi hartanah suatu bandar boleh dikumpulkan mengikut tahun transaksi berlaku, harga jualan transaksi atau berdasarkan nama pembeli.
transactionstransaksiUndang-undangTiadaTiada
transactiontransaksi/urus niagaKejuruteraanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas