Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trén] | ترين

Definisi : (trén) kereta api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tren


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan.1. Panggilan kepada... 
2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan.
3. Tren akan berlepas pada pukul...
Tatabahasa22.12.2015
maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend?Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan.Makna24.11.2010
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off".Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda.  Istilah25.12.2016
Betulkan penggunaan masa sistem 24 jam di dalam ayat itu? Pada 24 Mei 2021, pukul 20:45 waktu tempatan, berlaku sebuah perlanggaran antara dua buah tren LRT di Laluan Kelana Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia.Cadangan penulisan waktu yang betul ialah 2045 waktu tempatanLain-lain27.05.2021
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, KhalidUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel.Istilah07.07.2011
Apakah istilah BM bagi 'magnetically-levitated train'?Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "magnetically-levitated train" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "levitated vehicle" yang paanan bahasa Melayunya ialah kenderaan terangkat. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tren terangkat magnet. Istilah04.09.2015
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak

2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya

3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel

4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga

 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau

6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi

Istilah17.05.2016
Salam sejahtera. Apakah penggunaan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi "road train"? Kenderaan ini merupakan sejenis kenderaan seperti trak besar yang boleh menarik beberapa buah treler di belakangnya, seperti kereta api. Terima kasih.

Perkataan road train memang tidak terdapat dalam data DBP. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai tren tunda.

Istilah01.07.2015

Kembali ke atas