Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : awalan asing tiga, mis tribahasa dan trilogi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tri-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Selain "eka-", "dwi-" dan "tri-", adakah terdapat awalan lain bagi menandakan jumlah sesuatu? Terima kasih.

Awalan yang lazim digunakan ialah Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga,

 

Namun terdapat juga awalan lain yang menunjukkan jumlah contohnya Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = Dasa

Istilah29.04.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih.1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = DasaTatabahasa13.07.2016
penggunaan bahasa verbal dalam sajakPenyair A. Ghafar Ibrahim atau AGI telah memperkenalkan konsep tri-v, iaitu Verbal-Vokal-Visual. Bahasa verbal ialah isi/tema/persoalan sesebuah sajak.Lain-lain06.08.2007
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
contoh-contoh sajak yang menggunakan bahasa verbal dan nam-nama buku yang boleh digunakan sebagai rujukanSecara umum, semua puisi menggunakan bahasa verbal. A. Ghafar Ibrahim telah memperkenalkan konsep puisi tri-v, iaitu akronim daripada vokal, verbal dan visualn. Saudari boleh membuat rujukan awal di majalah Dewan Sastera, Januari 2006 atau datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, KL.Lain-lain12.08.2007

Kembali ke atas