Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : awalan asing tiga, mis tribahasa dan trilogi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tri-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TRI KORO DHARMO

TRI KORO DHARMO, pertubuhan pemuda pelajar sekolah menengah yang memperjuangkan gerakan kebangsaan di Jawa, Indonesia. Tri Koro Dharmo, bererti Tiga Tujuan Suci, ditubuhkan pada 7 Mac 1915 di Jakarta atas daya usaha Satiman Wirjosandjojo, seorang pelajar Sekolah Doktor Jawa. Tri Koro Dharmo yang berpegang kepada tiga prinsip yakni sakti, budi dan bakti bertujuan mewujudkan pertalian antara murid bumiputera sekolah menengah dan sekolah guru. Ahlinya yang terdiri daripada pelajar dari Jawa dan Madura ingin membangkitkan dan mempertajamkan semangat mencintai bahasa dan kebudayaan Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TEMASIK

TEMASIK, nama asal Singapura sebelum ia dibuka dan dijadikan negeri oleh Sang Nila Utama atau Sri Tri Buana lebih kurang pada tahun 1300. Temasik menjadi pusat kekuasaan raja-raja Melayu sebelum Melaka. Temasik pada asalnya adalah sebuah perkampungan kecil. Perkampungan ini pernah disinggahi pedagang dan pengembara asing terutamanya dari negeri China dan Tanah Arab.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BUKITTINGGI

BUKITTINGGI, kotamadya yang terletak di Propinsi Sumatera Barat, di dataran tinggi Agam, yang ketinggiannya 927 m daripada aras laut dan keluasannya 24.90 km persegi dengan jumlah penduduk 86 771 orang.  Kotamadya ini asalnya dikenal sebagai Kota Tri Arga yang bererti kota tinggi gunung iaitu Gunung Merapi, Singgalang dan Sago.  Bukittinggi terkenal dengan bangunan Jam Gadang yang dibina di tengah-tengah kota oleh seorang Belanda bernama Rookmaker pada tahun 1926.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SANG NILA UTAMASANG NILA UTAMA (        – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura).  Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba.  Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik.  Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik.  Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda.  Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka.  Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa).   Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana.  Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas