Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.ni.tro.to.lué.na] | ترينيتروتولوينا

Definisi : (trinitrotoluéna) (Kim) sj pepe-jal kuning yg digunakan terutamanya sbg bahan letupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trinitrotoluena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trinitrotoluenetrinitrotoluenaKimiaTiadaTiada
trinitrotoluene, 2, 4, 6-2, 4, 6-trinitrotoluenaKimiaTiadaTiada
2,4,6-trinitrotoluene (TNT)2,4,6-trinitrotoluena (TNT)KimiaForensikFormula kimia, C7H5N3O6; nama am, metiltrinitrobenzena. Sebatian kimia berbentuk jarum monoklinik, berwarna kuning, takat lebur 80°C - 81°C, larut dalam etanol dan eter, tidak larut dalam air, dan mempunyai risiko kebakaran dan letupan. Bahan ini boleh disediakan melalui penitratan toluena dengan menggunakan campuran asid nitrik dan asid sulfurik. Bahan ini toksik secara pengingesan, penyerapan kulit atau penyedutan, dan boleh menyebabkan pening kepala, lemah badan, anemia dan kecederaan pada hati. Dos maut akut dianggarkan I g - 2 g, dan had pendedahan ialah 0.5 mg/m3- Penemuan patologi ialah atropi kuning akut pada hati, aplasia sumsum tulang, pendarahan petekia, dan nefritis toksik. Bahan ini digunakan sebagai bahan letupan - bahan perantara dalam proses pewarnaan, dan bahan kimia fotografi.
amatolamatolKimiaTiadaBahan letupan yang terdiri daripada campuran ammonium nitrat dan trinitrotoluena, TNT.
kiloton bombbom kilotonKejuruteraanTiadaBom nuklear berkuasa letupan bersamaan 1000 tan trinitrotoluena.
megaton bombbom megatanKejuruteraanTiadaBom nuklear yang kuasa ledakannya setara dengan satu juta tan trinitrotoluena.
kilotonkilotonKejuruteraanTiadaUnit bagi menentukan kekuatan letupan bom nuklear yang bersamaan dengan kuasa letupan 1000 tan trinitrotoluena.
TNT equivalentsetaraan TNTKejuruteraanTiadaUkuran tenaga terbebas dari letupan bom nuklear yang diberikan dalam unit tan trinitrotoluena.
high explosivesbahan letupan kuatKimiaTiadaBahan letupan yang mengandungi nitrogen dan meletup akibat kejutan atau haba. Letupannya sangat kuat dan berlaku serta-merta. Misalnya, trinitrotoluena (TNT) dan nitrogliserin.

Kembali ke atas