Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.pod] | تريڤود

Definisi : alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb, kaki tiga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tri.pod] | تريڤود

Definisi : alat yg berkaki tiga utk meno­pang kamera, teleskop dsb; kaki tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tripod


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tripodalat yg berkaki tiga utk meno­pang kamera, teleskop dsb; kaki tiga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tripodalat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb, kaki tiga.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki tigapenopang kamera dll, tripod;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki tigaalat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaki1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaki I1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah se­kali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat se­suatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt ber­temu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai ber­main (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg meng­hubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau mem­perkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas