Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.ti] | تريتي

Definisi : (Udg) persetujuan secara formal antara dua pihak (negara dsb) atau lebih, perjanjian: keempat-empat buah negeri itu bersekutu dlm tahun 1895 setelah membuat satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata triti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN AQABAHperistiwa/AGAMAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS AMERIKA UTARAPerjanjian perdagangan.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERSETUJUAN PERTAHANAN LIMA NEGARA

Pertubuhan Lima negar berkenaan hubungan pertahanan.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERJANJIAN NANKINGPerjanjian yang ditandatangani di antara Great Britain dengan negeri china selepas meletusnya Perang Candu I (1839-1842).SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERJANJIAN HUDAIBIYAHPerjanjian antara penduduk Islam Madinah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan Suhail bin 'Amr, wakil pihak Musyrikin Makkah.AGAMAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERLEMBAGAAN MERDEKA

PERLEMBAGAAN MERDEKA (1957), perundangan dan peraturan kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang mendapat kemerdekaan atau kebebasan politik daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957.  perlembagaan Merdeka ditandatangani antara wakil-wakil kerajaan British dan raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA

Pertubuhan perjanjian pertahanan militeri anjuran Amerika Syarikat untuk pertahanan bersama Eropah Barat dan Amerika Utara. Pasukan tentera yang dibentuk daripada negara-negara ahli memfokuskan operasi di rantau Eropah, Atlantik Utara sehingga ke perairan Mediterranean untuk mengimbangi kuasa Soviet.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
DEKLARASI ASEANDEKLARASI ASEAN, dokumen asas yang termaktub dan unggul kepada pertubuhan ASEAN untuk mewujudkan kerjasama serantau. Deklarasi ini juga dikenal sebagai Deklarasi Bangkok, ditandatangani pada 8 Ogos 1967 oleh Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Carlos Romulo (Setiausaha Luar Filipina), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Tun Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand). SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
GATT

GATT, triti atau perjanjian berbilang hala yang diwujudkan dengan tujuan untuk menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara ahli.

EKONOMI DAN PENGURUSANPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERJANJIAN NANING-BELANDA

PERJANJIAN NANING-BELANDA (1643), perjanjian antara Naning dengan Belanda.  Dengan termeterainya perjanjian ini, Naning berjanji akan taat setia kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
1234

Kembali ke atas