Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trom.pét] | ترومڤيت

Definisi : (trompét) 1. sj alat bunyi-bunyian yg ditiup; ~ tanduk tetuang; 2. orang yg mengeluarkan (menyuarakan) pendapat orang lain; mentrompetkan ki meneriak-neriakkan, me-laung-laungkan, mempropagandakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trom.pét] | ترومڤيت

Definisi : (trompét) II; siput ~ sj siput, Triton tritonis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trom.pét] | ترومڤيت

Definisi : /trompét/ sj alat bunyi-bunyi­an yg ditiup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trompet


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAVIS, MILES

Davis, Miles (1926–1991), pemain trompet

jaz Amerika yang sangat berpengaruh dan

juga pemimpin pancaragam yang terkenal

dalam sejarah muzik jaz. Dia terkenal kerana

tiupan trompetnya yang bertenaga dan berlirik.

UMUM 
KORNET

Kornet ialah alat muzik bras yang serupa dengan

trompet pendek.

UMUM 
MORTIMER, HARRY

Mortimer, Harry (1902–1992), ahli muzik British

yang berpengaruh pada zamannya terhadap

muzik brasben. Dia terkenal sebagai peniup

trompet pada peringkat awal kerjayanya.

Kemudian dia menubuhkan brasbennya sendiri

yang diberi nama “All Star Brass Band” dan Men o’

Brass”. Mortimer lahir di Hebben Bridge,

Yorkshire Barat. Dia menuntut di Royal

Manchester College of Music.

UMUM 
ASFODEL

Asfodel ialah tumbuhan semula jadi yang lasak

dan berasal dari kawasan Mediterranean.

Bunganya berwarna kuning pucat dan berbentuk

seperti trompet itu tumbuh dalam kelompok

terburai. Akar asfodel tebal dan berisi. Daunnya

yang panjang lagi nipis itu tumbuh bergugusgugus,

hampir seperti daun dafodil (lihat Dafodil ).

Pengelasan saintifik: Asfodel adalah dalam famili

lili, Liliaceae. Ia adalah Asphodeline lutea .

UMUM 
SALPIGLOSIS

Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili

kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia

berkaitan dengan petunia. Seperti petunia,

salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet,

tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya

berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu,

jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan

putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang

kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau

warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan

tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46

sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat

bahagian atas setiap ranting.

Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam

famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis

sinuata .

UMUM 
LILI EASTER

Lili Easter ialah sejenis pokok bunga yang tinggi

berdaun panjang dan tajam. Bunga ini menjadi

simbol Easter. Bunga lili besar, wangi, berbentuk

trompet dan berwarna putih lilin.

UMUM 
DATURA

Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok

beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s

trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali

sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya

bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan

bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga

warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan

tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di

seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia.

UMUM 
BIGNONIA

Bignonia ialah nama famili Amerika bagi

pokok renek memanjat, pokok menjalar dan

pokok. Bignonia terdapat dalam iklim panas dan

tumbuh liar di timur dan selatan Amerika Syarikat.

Bunganya yang berwarna-warni berbentuk

trompet.

UMUM 

Kembali ke atas