Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuah] | تواه

Definisi : 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuah] | تواه

Definisi : 1 untung yg berlebihan; ba­ha­gia: ~ orang tidak sama dgn ~ kita. ~ badan untung nasib seseorang; me­no­lak ~ melepaskan peluang baik. 2 sesuatu kuasa atau pengaruh yg mem­bawa keuntungan, kebahagian dll; sakti; keramat. ber­tuah 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. 2 mendatangkan untung atau tuah; berhikmat: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Pergi ke hutan pasang pelantik,
     Jaga denai tempat lalu;
Tuah ayam tengok sisik,
     Tuah orang mana tahu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tuah yang disembah,
     junjung yang dipanjat.

Bermaksud :

Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
luck3. thing considered to bring good fortune, tuah: the Chinese believe that jade brings good ~, orang Cina percaya batu jed membawa tuah; for ~, dgn harapan agar sst membawa tuah: she wore a talisman for ~, dia memakai azimat dgn harapan agar azimat itu membawa tuah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exploitn perbuatan handal: the ~s of Hang Tuah, perbuatan-perbuatan handal Hang Tuah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breaka bad ~, nasib yg /malang, buruk/; a lucky ~, a. good opportunity, peluang yg baik, kesempatan; b. good luck, nasib baik, tuah; get all the ~s, a. get all the opportunities, selalu mendapat peluang; b. get all the good luck, selalu bernasib baik; give so. a ~, a. not harass so., /membiarkan, tdk mendesak/ sso; b. give opportunity, memberi sso /kesempatan, peluang/, memberikan /peluang, kesempatan/ kpd sso; make a ~, (lari) meluru: three prisoners at the end of the line tried to make a ~ for the woods, tiga orang tahanan di hujung barisan mencuba meluru ke hutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
luckno such ~, tdk ada nasib: “Did you manage to get a date with her?” “No such ~. She is already engaged”, “Adakah kamu dapat membuat janji temu dgn gadis itu?” “Tdk ada nasib. Dia sudah bertunang”; bring (good) ~, membawa tuah; bring bad ~, mendatangkan /nasib tdk baik, malang/; good ~, (in wishing success for so.) semoga berjaya; (in wishing for so’s well-being) semoga selamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immortalizevt 1. cause to live forever, (act.) menyebabkan hidup selama-lamanya; (pass.) dapat hidup selama-lamanya: the tribesmen believed that he had been ~d, orang-orang kaum itu percaya bahawa dia dapat hidup selama-lamanya; 2. make famous forever, mengabadikan: Tun Sri Lanang ~d Hang Tuah in “Sejarah Melayu”, Tun Sri Lanang mengabadikan Hang Tuah dlm “Sejarah Melayu”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cast4. emit, memancarkan: the fire ~s a glow, api itu memancarkan cahaya; 5. spread, menimbulkan, membawa: the news ~s a gloom over the party, berita itu menimbulkan suasana muram di majlis itu; 6. cause to arise, menimbulkan: the new findings ~ doubt on the evidence, penemuan baru itu menimbulkan keraguan thdp keterangan itu; to ~ suspicion on, menimbulkan syak wasangka thdp; 7. assign a role, memberi [sso] peranan: he was ~ as Hang Tuah, dia diberi peranan sbg Hang Tuah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas