Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pisau pemotong padi, pengetam, ani-ani; bertuai (telah) dipotong dgn tuai: masih banyak lagi padi yg belum ~; menuai memotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetam­nya dlm bulan Februari; bagaimana di­tanam, begitulah dituai prb tiap-tiap per­buat­an akan mendapat balasan yg wajar; tuaian yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; penuaian perihal menuai, pengetaman: ~ padi musim ini sudah dimulakan; penuai 1. alat utk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin; 2. orang yg menuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuai (kata nama)
Bersinonim dengan penuai, pengetam, ani-ani, tamin, renggam, pisau pemotong padi;,
Kata Terbitan : menuai, tuaian, penuaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUAI BURUNG

TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang.

BUDAYAKonsep
TUAI RUMAH

TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan ‘anak-biak’ atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai ‘penjaga’ adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun.

BUDAYAKonsep
TUAI

TUAI, alat memotong atau menuai padi. Tuai atau pengetam padi dikenal sebagai ‘anai-anai’ atau ‘renggam’ di Kedah, dan ‘ketaman’ di Pantai Timur. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu badannya yang diperbuat daripada kayu dan bahagian mata tuai yang dipasang dengan mata pisau. Badannya berbentuk bulan sabit dan di bahagian tengahnya dilengkapkan dengan pemegang berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau.

BUDAYAAlat/Alatan
PENGENDALIAN LEPAS TUAIKaedahPERTANIANKonsep

Kembali ke atas