Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pisau pemotong padi, pengetam, ani-ani; bertuai (telah) dipotong dgn tuai: masih banyak lagi padi yg belum ~; menuai memotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetam­nya dlm bulan Februari; bagaimana di­tanam, begitulah dituai prb tiap-tiap per­buat­an akan mendapat balasan yg wajar; tuaian yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; penuaian perihal menuai, pengetaman: ~ padi musim ini sudah dimulakan; penuai 1. alat utk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin; 2. orang yg menuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuai (kata nama)
Bersinonim dengan penuai, pengetam, ani-ani, tamin, renggam, pisau pemotong padi;,
Kata Terbitan : menuai, tuaian, penuaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tuaituaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Bischofia javanica daripada famili Staphyleaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jitang. Gubal kayunya berwarna coklat kemerahan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keunguan dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus hingga agak kasar tetapi tidak sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan sederhana keras. Kayu gaham badak sukar dikerjakan dan dikeringkan, mudah dikemas siap, mempunyai kadar kecutan yang tinggi, kurang tahan, tetapi gubal kayunya lebih mudah diawet. Kayu tuai jarang digunakan kerana mempunyai ciri-ciri yang kurang baik, tetapi boleh digunakan untuk membuat kotak dan lantai sementara.
crop cutting testuji tuaiPertanianAgronomi

 Kaedah mengambil sampel tanaman sebelum tanaman itu dituai daripada sesuatu unit kawasan tanah. Tujuan uji tuai ialah untuk mendapat anggaran hasil tuaian yang diperoleh daripada sesuatu kawasan tanaman dan kualiti hasil tanaman berkenaan. Beberapa sampel dengan ukuran keluasan yang telah ditentukan biasanya ditandakan di ladang secara rawak, kemudian dituai secara manual. Sampel itu ditimbang dan diasingkan antara buah atau biji dengan daun dan batang. Dari berat hasil sampel yang diperoleh, hasil tanaman akan dianggarkan. Uji tuai juga dilakukan untuk menentukan sama ada tanaman sudah cukup matang untuk dituai atau masih muda. Selain itu, uji tuai dapat menganggarkan peratus hasil yang rosak akibat penyakit dan perosak.

rain harvesttuai hujanAlam SekitarTiadaLihat tuai air hujan.
postharvest technologyteknologi lepas tuaiPertanianAgroteknologiTeknologi yang digunakan untuk memastikan bahan tanaman yang telah dituai mempunyai kualiti yang tinggi dan boleh tahan lama tanpa kemerosotan kualitinya. Antara teknologi lepas tuai ialah menyejukkan bahan tuaian, pembersihan daripada sisa tanah, pembungkusan dan penyimpanan dalam persekitaran yang sesuai seperti suhu yang rendah dan udara yang tidak lembab. Semua aktiviti daripada peringkat tuaian hingga bahan sampai kepada pengguna dianggap teknologi lepas tuai.
harvesterjentera tuaiPerhutananTiadaTiada
rainwater harvesttuai air hujanAlam SekitarTiadaMengumpulkan air hujan daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan.
harvest moonbulan tuaiFizikTiadaTiada
harvestkutip hasil; tuai; tangkapanPerikananTiadaTiada
harvestkutip hasil; tuaiPertanianTiadaTiada
harvest mitetungau tuaiVeterinarTiadaTiada
1234

Kembali ke atas