Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuaian] | تواين

Definisi : yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuaian] | تواين

Definisi : hasil menuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuai (kata nama)
Bersinonim dengan penuai, pengetam, ani-ani, tamin, renggam, pisau pemotong padi;,
Kata Terbitan : menuai, tuaian, penuaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAWAI BATU

GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas  perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan.

BUDAYAAdat
BORLAUG, NORMAN ERNEST

Borlaug, Norman Ernest (1914– 2009) ialah ahli

sains pertanian Amerika, menerima Hadiah Nobel

pada tahun 1970 bagi bidang keamanan kerana

menemui sejenis gandum yang baharu. Pada tahun

1944, Rockefeller Foundation menghantar Borlaug

ke Mexico untuk memajukan sejenis gandum yang

dapat menghasilkan banyak bijian di kawasan

tropika. Menjelang tahun 1950-an, jenis gandum

yang dimajukannya telah meningkatkan hasil tuaian

gandum dengan mendadak di Mexico.

UMUM 

Kembali ke atas