Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuaian] | تواين

Definisi : yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuaian] | تواين

Definisi : hasil menuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuai (kata nama)
Bersinonim dengan penuai, pengetam, ani-ani, tamin, renggam, pisau pemotong padi;,
Kata Terbitan : menuai, tuaian, penuaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
harvest indexindeks tuaianBotaniTiadaNisbah hasil ekonomi berbanding dengan hasil biologi tanaman. Hasil ekonomi ialah isi padu atau berat bahagian tanaman yang menghasilkan nilai ekonomi atau nilai pertanian manakala hasil biologi ialah jumlah akumulasi jisim kering sistem tanaman. Formula pengiraan indeks tuaian adalah seperti yang berikut: Hasil ekonomi x 100 Hasil biologi
exsertiontangkai tuaianPertanianTiadaTiada
marine harvesttuaian lautUndang-undangTiadaTiada
wild harvesttuaian tumbuhan liarPertanian OrganikTanaman Makanan-
area harvestedkawasan tuaianPerhutananTiadaTiada
area harvestedkawasan tuaianPertanianTiadaTiada
harvest indexindeks tuaianPertanianTiadaTiada
ratooningpeladunanPertanianAgronomi

Kaedah membiarkan pangkal pokok tidak dipotong semasa penuaian supaya ladun yang tumbuh akan menggantikan pokok induk yang dituai. Contohnya, dalam tanaman tebu, batang tebu dipotong ke aras 10 cm dan seterusnya ladun yang tumbuh akan menjadi hasil tuaian pada musim yang seterusnya. Ini dilakukan sehingga mendapat tiga kali tuaian daripada satu penanaman. Hasil akan menurun pada setiap kali ladun dituai dan selepas tiga pusingan tuaian, tebu perlu ditanam semula. Kebaikan kaedah ini ialah pengurangan kos penyediaan kawasan, dan memanjangkan hayat ekonomi tanaman.

water use efficiencykeberkesanan guna airPertanianTiadaJumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan.
controlled atmosphere storagepenstoran atmosfera terkawalPertanianAgronomi

 Kaedah menyimpan bahan tuaian seperti bijirin, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan bilik atau kebuk yang dikawal persekitarannya dari segi suhu, kelembapan dan komposisi gas udaranya. Komposisi gas termasuklah kepekatan oksigen, nitrogen dan karbon dioksida. Bagi bijirin dan kacang, tujuan kawalan ialah untuk mengelakkan serangan serangga dan keadaan atmosfera yang diberikan ialah suhu dan kelembapan rendah di samping karbon dioksida yang tinggi. Keadaan ini akan menghindarkan kehidupan serangga dan kulat. Untuk buah-buahan dan sayur-sayuran, kawalan ini bertujuan untuk merendahkan kadar metabolisme bahan yang disimpan supaya dapat mengekalkan keadaan segar dalam tempoh yang lama. Suhu biasanya direndahkan, gas oksigen dikurangkan manakala gas karbon dioksida ditingkatkan. Kelembapan udara ditingkatkan untuk mengurangkan kehilangan air dari buah atau sayur yang disimpan. Kadar respirasi buah atau sayur akan menurun, sekali gus menyekat proses penuaan dan kerosakan. 

12

Kembali ke atas