Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua/] | تواق

Definisi : sj minuman keras yg dibuat drpd nira (kelapa, enau, dll); kaki ~ orang yg kuat minum tuak; mabuk ~ mabuk kerana minum tuak; ~ keras tuak yg mudah memabukkan; ~ manis tuak yg tidak keras (tidak mudah memabuk­kan); ~ terbeli, tunjang hilang prb, Mn di­timpa kecelakaan (kekecewaan, kesusah­an). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua/] | تواق

Definisi : ; tahan ~ duduk dgn tidak sopan yg menyebabkan kain terselak lalu menampak-kan betis atau paha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua/] | تواق

Definisi : minuman yg dibuat drpd nira enau, nira kelapa dsb: mabuk ~ mabuk kerana minum tuak; ~ keras tuak yg mudah memabukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuak
Rujuk :arak

Peribahasa

Tuak terbeli,
     tunjang hilang.

Bermaksud :

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza antara "tuak" dan "todi"?Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, tuak bermaksud sejenis minuman keras yang dibuat daripada nira (kelapa, enau, dan lain-lain).  Todi pula bermaksud sejenis minuman yang memabukkan (dibuat daripada nira nyiur yang dimasamkan).Makna31.05.2012
Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan perkataan "untuk" sebagai kata sendi atau sebagai kata hubung pancangan keterangan? mohon berikan contoh ayat bagi memudahkan pemahaman.Kata sendi nama untuk digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan. Manakala untuk sebagai kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada klausa utama. Contoh ayat untuk sebagai kata sendi ialah “Baju kurung itu untuk adik”. Contoh ayat sebagai kata hubung ialah “ Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak”. Perbezaan yang jelas ialah kata untuk sebagai kata hubung harus menghubungkan dua klausa, iaitu klausa keterangan dengan klausa utama (nira dikumpulkan, dibuat manisan dan tuak), manakala, kata untuk sebagai kata sendi ialah boleh terdiri daripada hanya satu klausa sahaja dan digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama. Tatabahasa12.07.2018
Bolehkah kami menggunakan padanan nira sahaja bagi sap dalam ayat di bawah ini? Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. Jika kami menggunakan perkataan sap sahaja pula, adakah maksudnya akan tercapai?Untuk makluman maksud nira berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah air yang disadap dari mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak) dan perkataan ini boleh digunakan sekiranya membawa maksud yang hendak disampaikan, manakala sap pula ada pada data Istilah Bahasa Melayu dalam bidang perubatan tetapi tiada huraiannya dan beberapa bidang lain. Kami mencadangkan pihak puan melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/ untuk membuat rujukan lanjut.Makna18.06.2021
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen?1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar).Tatabahasa09.09.2008
Bolehkah Kata Hubung Pancangan digunakan pada hadapan ayat? Sekiranya boleh, berikan contoh penggunaan kata hubung tersebut. Terima kasih.Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak".Tatabahasa23.08.2013
Bagaimana untuk membezakan penggunaan kata hubung pancangan komplemen 'untuk' dan kata hubung 'untuk' pancangan keterangan

Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak".

Tatabahasa11.08.2008

Kembali ke atas