Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuam] | توام

Definisi : barang panas (abu hangat yg dibungkus dlm kain, air panas dlm botol, dll) yg ditekankan pd bahagian tubuh yg sakit, demah; bertuam memanaskan bahagian tubuh yg sakit dgn tuam, berdemah; menuam, menuami 1. menekankan (melekap-kan) tuam pd, mengurut (mema­naskan) baha-gian tubuh yg sakit dgn tuam, mendemah; 2. mengacukan (membidikkan) senapang dll: seorang askar sedang ~ mun­cung senapang ke arah perutnya; tuaman hasil menuam: ~ air suam pd bahagian yg sengal boleh membantu merin­gankan kesakitan; penuaman proses atau perbuatan menuam utk mengurangkan radang atau rasa sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuam] | توام

Definisi : benda panas (abu hangat yg di­bungkus dgn kain, air panas dlm botol dll) yg didemahkan pd bahagian tubuh yg sakit. bertuam menggunakan tuam utk memanaskan (bahagian yg sakit). menuam menekan-nekan bahagian yg sakit dgn tuam; memanaskan dgn tuam. menuamkan menekan-nekan­kan tuam pd (bahagian yg sakit); meng­­gunakan sesuatu sbg tuam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuam (kata nama)
Bersinonim dengan demah;
Kata Terbitan : bertuam, menuam,