Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ba] | توبا

Definisi : sj racun ikan (dibuat drpd bermacam-macam jenis akar yg beracun biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya: ~ jenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, dll; ~ tikus racun pembunuh tikus, berangan; me-mecah ~ menyiarkan khabar hingga men-cemaskan orang; ~ binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan; bagai (spt) ikan kena ~ prb tidak berdaya lagi; menuba 1. meracuni (ikan) dgn tuba: mereka pergi ~ ikan di sungai; 2. menyakiti, me­nyeksa (hati, jiwa, dll): dia menangis dgn hati yg dituba oleh perasaan cemburu; penubaan perihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai mestilah dibendung dgn segera; penuba orang yg menuba: masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ba] | توبا

Definisi : ; ~ benar = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Derris elliptica; ~ buah sj tumbuhan (pokok), Diospyros wallichii; ~ seluang (seludang) sj tumbuhan (herba), johong beralih, pancis-pancis, Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ba] | توبا

Definisi : sj alat muzik tiup drpd kumpulan bras yg lebih besar drpd trompet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ba] | توبا

Definisi : sj racun yg dibuat drpd bermacam-macam akar yg beracun (spt Derris elliptica). menuba meracun (ikan) dgn tuba: Banyak orang yg pergi ~ ikan di sungai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuba
Rujuk :racun

Puisi
 

Cik Akob mengayak besi,
     Mari tuba di Pulau Lalang;
Pujuklah dia hingga mati,
     Main muda alang kepalang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memecah tuba.

Bermaksud :

Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau terbelah pada permukaannya akibat tindakan proses pemesinan. (HUT) tornado (tornado/puting beliung) Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir sering kelihatan seperti awan corong atau tuba. Pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteks- nya yang berdiameter melebihi 100 meter, berputar dengan kelajuan angin tophus tornado tornado cloud torticollis Kamus Sains.indb 652 tornado siklon yang berlaku dalam pere - daran siklon induk yang telah mantap terbentuk dengan tornado olakan, iaitu tornado yang terjadi dengan cara lain. (HID, METEO) tornado cloud (awan tornado) Lihat tuba. (METEO) torpor (torpor) 1. Keadaan kaku pada haiwan atau manusia akibat gangguan pada sistem saraf tunjang. 2. Organisma yang berada dalam keadaan malas akibat persekitaran yang tidak sesuai. (BIO) torsional

Kembali ke atas