Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.duh] | تودوه

Definisi : ; menuduh 1. menunjuk dan mengata­kan seseorang melakukan kejahatan (kecu­rangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengada­kan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; tuduh-menuduh saling menuduh (me­nyalah­kan satu sama lain): mereka ~ sesama sendiri; menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh (didakwa); tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; penuduh orang yg menuduh, pendakwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.duh] | تودوه

Definisi : ; menuduh 1 menunjuk dan mengatakan bahawa seseorang melakukan sesuatu kejahatan dll: Ia ~ kawannya mencuri wang itu. 2 menyangka sese­orang melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang; mendakwa. tuduh-menuduh saling menuduh antara satu dgn yg lain. tuduhan apa-apa yg dikatakan utk menuduh; dakwaan: Semua ~nya tidak benar. pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan se­suatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mah­kamah: Dia mengaku tidak bersalah apabila ~ terhadapnya dibaca di hadapan hakim. penuduh orang yg menuduh; pendakwa. petuduh orang yg di­tuduh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuduh
Kata Terbitan : menuduh, tuduh-menuduh, tertuduh, tuduhan, penuduh,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tuduh menuduh burukkan keadaanLena Maz M. ZBacaria05.08.1987
Jangan tuduh melulu: isu berkenaan perlu diketengahkan kerana melibatkan masa depanAzie YahayaSinar Harian10.03.2009
Dua tuduh seorang hingga akhir hayatWahbaUtusan Zaman05.09.1976
Hamka tuduh pengarang komunis "Anantur menjual diri kepada Moscow"TiadaUtusan Melayu18.10.1962
Yahaya tuduh Prof. Ismail diktator?Yahaya IsmailMingguan Malaysia22.04.1973
Kamus tuduh Suharto rampas kuasa diarah tarikHanafiah ManUtusan Malaysia03.01.1995
'Mengapa Fadzlan tuduh saya'TiadaWarta Perdana17.04.1994
Jangan kita tuduh menuduhTiadaUtusan Zaman31.03.1985
Jangan mudah tuduh penulis sesat: biarlah 'puisi mungkar' hidupDarma MohammadBerita Harian05.01.1991
Prof. Taib sangkal tuduh orang2 Melayu tidak mempunyai tradisi sendiriTiadaUtusan Melayu26.04.1972
12

Kembali ke atas