Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.du.han] | تودوهن

Definisi : hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.du.han] | تودوهن

Definisi : apa-apa yg dikatakan utk menuduh; dakwaan: Semua ~nya tidak benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuduh
Kata Terbitan : menuduh, tuduh-menuduh, tertuduh, tuduhan, penuduh,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAWARAN RAYUAN

Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan

oleh defenden dalam kes jenayah dengan

bersetuju untuk mengaku bersalah daripada

menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes,

pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk

menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun

meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti

untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain,

pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa

tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan

daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku

bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90

peratus daripada defenden mengaku bersalah

dan kebanyakannya hasil daripada tawaran

rayuan.

UMUM 
PÉTAIN, HENRY PHILIPPE

Pétain, Henry Philippe (1856–1951), menjadi

wira kebangsaan Perancis kerana kepimpinan dalam

ketenteraan semasa Perang Dunia I. Namun dia telah

dibicarakan dan dipenjarakan atas tuduhan

menderhaka pada usia lanjutnya kerana dia

bersubahat dengan Jerman dalam Perang Dunia II.

UMUM 
NIXON, RICHARD

Nixon, Richard (1913–1994) ialah presiden

Amerika Syarikat dari tahun 1969 hingga 1974. Dia

merupakan satu-satunya presiden Amerika Syarikat

yang meletakkan jawatan. Dia meletakkan jawatan

pada 9 Ogos 1974, semasa menghadapi tuduhan

terlibat dalam skandal politik Watergate (lihat

Watergate ).

UMUM 
THORPE, JEREMY

Thorpe, Jeremy (1929– ) ialah ketua Parti

Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John

Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat

pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College

dan Oxford University, England. Pada tahun 1954,

Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli

Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon

Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne

dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk

membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe

kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya

tahun 1979.

UMUM 
MIKI, TAKEO

Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai

Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974

hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai

Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan

jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976.

Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal-

Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet

(Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang

lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu.

Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang

jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan

Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan

ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti

tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas