Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1. = ~ kewajiban sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab: ~nya ialah memberi pene­rangan kpd penduduk; sempurnalah ~nya sbg seorang anak; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah: dia telah diberi ~ utk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi: apa ~ karburetor pd enjin kereta? bertugas (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; menugaskan menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan; menugasi memberi seseorang tugas; tugasan kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih mela­porkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; penugasan perihal menugas seseorang, penye-rahan sesuatu tugas; petugas orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : ark; menugas menuduh tanpa sebarang bukti yg nyata: dituduh akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya; tukas I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi mem­berikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menu­gasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
mayoraladj datuk bandar: ~ duties, tugas-tugas datuk bandar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secretarialadj kesetiausahaan: ~ duties, tugas-tugas kesetiausahaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
officialadj rasmi: ~ duties, tugas-tugas rasmi; the ~ figures, angka rasmi; the ~ seal of the Municipality, cap rasmi Majlis Perbandaran; in my ~ capacity as Mayor, dlm bidang kuasa rasmi saya sbg Datuk Bandar; an ~ statement was issued yesterday, kenyataan rasmi telah dikeluarkan semalam; the ~ opening of the new school, pembukaan rasmi sekolah baru itu; our ~ language is Bahasa Malaysia, bahasa rasmi kami ialah bahasa Malaysia; the Prime Minister is on an ~ visit to Hungary, Perdana Menteri sedang membuat lawatan rasmi ke Hungary; their engagement is not ~ yet, pertunangan mereka belum rasmi lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ambassadorialadj duta: ~ duties, tugas-tugas duta; at the ~ level, pd peringkat duta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gubernatorialadj (US, Nigeria, etc) gabenor: ~ duties, tugas-tugas gabenor.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
queenlyadj 1. of a queen, ratu; (as consort of king) raja permaisuri: her ~ duties, tugas-tugas ratu; 2. see QUEENLIKE; 3. fit for a queen, layak utk permaisuri: a ~ palace, istana yg layak uKamus Inggeris-Melayu Dewan
presidentialadj of a president, presiden: his ~ duties occupied a great deal of his time, dia banyak menghabiskan masanya dgn tugas-tugas presidennya; 2. rel to the presidency, berpresiden: ~ democracy, demokrasi berpresiden; ~ election, pilihan raya memilih presiden.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acquaintvt; ~ os with, (mencuba) memahami, memaklumi: he will need time to ~ himself with his new duties, dia memerlukan masa utk memahami tugas-tugas barunya; ~ so. with st, memaklumkan sst kpd sso: to ~ so. with the facts of the case, memaklumkan fakta kes tersebut kpd sso; to ~ so. with the new methods of production, memaklumkan kaedah-kaedah baru pengeluaran kpd sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
paramilitaryadj separa tentera: they formed a ~ splinter group, mereka menubuhkan kumpulan serpihan separa tentera; one particular ~ group has claimed responsibility for the hijacking, sebuah kumpulan separa tentera mendakwa bertanggungjawab melakukan rampasan pesawat tersebut; ~ duties, tugas-tugas separa tentera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
definiteadj 1. clear, positive, pasti: a ~ answer, jawapan yg pasti; a ~ opinion, pendapat yg pasti; is it ~ that he’s leaving?, sudah pasti dia akan pergi?; 2. precise, (telah) /ditentukan, ditetapkan/: ~ duties, tugas-tugas yg telah ditentukan; at a ~ time and place, pd waktu dan tempat yg telah ditentukan; ~ instructions, arahan-arahan yg telah ditentukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas