Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1. = ~ kewajiban sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab: ~nya ialah memberi pene­rangan kpd penduduk; sempurnalah ~nya sbg seorang anak; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah: dia telah diberi ~ utk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi: apa ~ karburetor pd enjin kereta? bertugas (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; menugaskan menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan; menugasi memberi seseorang tugas; tugasan kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih mela­porkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; penugasan perihal menugas seseorang, penye-rahan sesuatu tugas; petugas orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : ark; menugas menuduh tanpa sebarang bukti yg nyata: dituduh akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya; tukas I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi mem­berikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menu­gasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AFRIKA SELATAN, KERAJAAN.

Afrika Selatan, Kerajaan. Afrika Selatan 

ialah sebuah republik berparlimen. Parlimen

Afrika Selatan terbentuk pada bulan April 1994,

selepas Afrika Selatan mengadakan pilihan raya

umumnya yang pertama. Ketika itu semua orang

dewasa boleh mengundi. Anggota parlimen

memilih presiden yang akan menjadi ketua

kerajaan , menguasai penggubalan dan

pelaksanaan dasar kerajaan. Presiden juga ialah

ketua negara , yang bertindak sebagai wakil rasmi

negara dan melaksanakan tugas-tugas istiadat.

UMUM 
KECERGASAN FIZIKAL

Kecerdasan buatan ialah cabang sains

komputer. Ia berkaitan dengan reka bentuk sistem

komputer yang melakukan tugas yang kelihatan

memerlukan kecerdasan. Tugas demikian

termasuk penaakulan, penyesuaian dengan situasi

baharu, dan pembelajaran kemahiran baharu.

UMUM 
KECERDASAN BUATAN

Kecerdasan buatan ialah cabang sains

komputer. Ia berkaitan dengan reka bentuk sistem

komputer yang melakukan tugas yang kelihatan

memerlukan kecerdasan. Tugas demikian

termasuk penaakulan, penyesuaian dengan situasi

baharu, dan pembelajaran kemahiran baharu.

UMUM 
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 
BIDAN

BIDAN, wanita yang mempunyai pengetahuan dan terlatih untuk membantu ibu-ibu sewaktu melahirkan anak.  Bidan bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu sejak ibu itu mengandung, hingga tamat berpantang  iaitu selama 44 hari selepas bersalin.  Bidan juga menjaga bayi yang baru lahir dalam tempoh tersebut.  Tugas-tugas bidan termasuklah mengendalikan upacara melenggang perut dan menyambut kelahiran bayi, termasuklah memotong tali pusat dan menanam tembuni, memandikan serta membedung bayi.

 

 

 

 

BUDAYAKonsep
PENDAKWA RAYAPeguam Negara dan pegawai pendakwa di Jabatan Peguam Negara, yang menjalankan tugas pendakwaan mewakili pihak kerajaan.UNDANG-UNDANGJawatan/Gelaran
KAPAL FRIGAT

Kapal frigat ialah kapal perang yang digunakan

untuk tugas mengiring dan meronda. Kapal ini

boleh melancarkan roket dan peluru torpedo

terhadap kapal selam.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
BYNG, JOHN

Byng, John (1704–1757) ialah laksamana Inggeris

yang dihukum mati kerana cuai menjalankan tugas

semasa Perang Tujuh Tahun (lihat Perang Tujuh

Tahun ).

UMUM 
PADERI

Paderi ialah orang yang dilatih khas untuk

menjalankan tugas dan upacara keagamaan dan

memberi nasihat keagamaan.

UMUM 
12345

Kembali ke atas