Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1. = ~ kewajiban sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab: ~nya ialah memberi pene­rangan kpd penduduk; sempurnalah ~nya sbg seorang anak; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah: dia telah diberi ~ utk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi: apa ~ karburetor pd enjin kereta? bertugas (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; menugaskan menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan; menugasi memberi seseorang tugas; tugasan kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih mela­porkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; penugasan perihal menugas seseorang, penye-rahan sesuatu tugas; petugas orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : ark; menugas menuduh tanpa sebarang bukti yg nyata: dituduh akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya; tukas I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gas] | توݢس

Definisi : 1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi mem­berikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menu­gasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
organ I1 bahagian tubuh (manusia atau haiwan) yg mempunyai tugas-tugas tertentu. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan yg mempunyai tugas-tugas tertentu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
organ I1 bahagian tubuh (manusia atau haiwan) yg mempunyai tugas-tugas tertentu. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan yg mempunyai tugas-tugas tertentu.Kamus Pelajar
kaji tugas organpengkajian mengenai tugastugas dan gejala-gejala benda hidup, fisiologi.Kamus Dewan Edisi Keempat
jabatan1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dll), jawatan: menteri itu telah meletakkan ~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
fungsionalyg mempunyai atau diberi tugas-tugas tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
skuad1 kumpulan tentera (biasanya terdiri drpd 12 orang) yg mempunyai tugas-tugas khas. 2 kumpulan orang yg bergerak sbg satu pasukan: ~ bola sepak Malaysia. ~ penembak sekumpulan askar yg diberi tugas utk menembak seseorang yg dijatuhi hukuman mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
polis tenteraanggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
komandoaskar yg dipilih dan dilatih utk menjalankan tugas-tugas yg sukar atau yg mendadak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencari kerjaber­usaha utk mendapatkan jawatan atau tugastugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan);Kamus Dewan Edisi Keempat
komandoaskar yg dipilih dan dilatih utk menjalankan tugas-tugas yg sukar atau yg mendadak.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas