Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ju] | توجو

Definisi : 1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran; setuju 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak menentang atau mem-bangkang (pendapat dll), membenarkan, mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu dipersetujuinya; menyetujukan, mempersetujukan men­jadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan; persetujuan 1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yg ditujui; menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. meng­alamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyam­paikan kpd: Radio Malaysia sedang meran­cang siaran dlm bahasa Perancis yg dituju­kan kpd pendengar di Vietnam; tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, dituju-kan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~ penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ju] | توجو

Definisi : jampi (mantera dll) yg dibaca utk membuat orang jatuh sakit atau mati: ayahanda lepaskanlah ~ ini; menuju menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ju] | توجو

Definisi : 1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. menujukan 1 mem­­bawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; men­cocokkan. persetujuan 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.ju] | توجو

Definisi : mantera (jampi, sihir dll) utk membuat orang supaya sakit atau mati: Orang itu mati kerana kena ~. menuju mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collision cross sectionkeratan rentas pelanggaranFizikTiadaBilangan pelanggaran per unit isi padu per saat bagi satu unit fluks sinaran tuju atau diungkapkan sebagai: dengan n = bilangan zarah per cm² pada alur tuju, v = hala tuju zarah alut tuju, N = bilangan nukleus per cm² pada lapisan sasaran dan t = tebal lapisan sasaran.
approach light contact heighttinggi tampak tujuMeteorologiMeteorologi PerhubunganAltitud pada alatan laluan luncur tuju pesawat yang hendak mendarat. Pada altitud ini juruterbang mula melihat sejauh 500 kaki deretan lampu tuju.
sound reflection coefficientpekali pantulan bunyiFizikAkustikNisbah antara tenaga bunyi yang dipantulkan dari permukaan tuju dengan tenaga bunyi tuju.
law of reflectionhukum pantulanKejuruteraanTiadaHukum cahaya yang menyatakan bahawa sudut pantulan sama dengan sudut tuju, yakni sinar tuju, pantulan dan normal semuanya berada pada satah yang sama.
Breit-Weigner formulaformula breit-WeignerFizikModenFormula yang menghubungkan keratan rentas tindak balas nukleus tertentu dengan tenaga zarah tuju apabila tenaga zarah tuju itu hampir sama dengan tenaga yang diperlukan untuk membentuk aras resonans diskret nukleus komponen.
refracted wavegelombang terbiasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media.
scattering lengthpanjang penyerakanFizikNanoteknologiJarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser.
approach gradecerun tujuKejuruteraan AutomotifTiadaDarjah kecerunan jalan tuju.
leading seventhkord tujuKesenianTiadaKord minor ketujuh pada not tuju dalam skala major.
approach timemasa tujuKejuruteraan AutomotifTiadaMasa pesawat memulakan urutan tuju untuk persediaan mendarat.
12345678910...

Kembali ke atas