Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merenangi laut lepas.

Bermaksud :

Pergi merantau tanpa tujuan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bunga kelawau[bu.NA k«.lA.wAw] lubang-lubang udara yang berukiran tertentu yang dibuat pada tebar layar, bahagian atas pintu atau tingkap, dan sebagainya. Lubang ini berfungsi untuk tujuan pencahayaan kerana cahaya matahari boleh menembusinya dan juga bagi tujuan pengudaraan.Wah, cantek betol bunga kelawau kat timba layau kau ni![wAh tSAn.te/ b«.tol bu.NA k«.lA.wAw kAt tim.bA lA.jAw kAw ni]Wah, cantik betul ukiran bunga kelawar pada tebar layar engkau ini!
tebau mengiring[t«.bAw m«.Ni.ÄiN] satu cara menebar gasing dengan tujuan untuk melajukan pusingan gasing.Aku buat tebau mengiring aje ni, biau puseng laju![A.ku bu.wAt t«.bAw m«.Ni.ÄiN A.dZ« ni bi.jAw pu.seN lA.dZu]Aku buat tebar mengiring sahaja, biar pusingan gasing laju!
lese[l«.se]kata kerjamembaling benda-benda yang tidak dikehendaki dengan tujuan untuk membuang.Lese aje le pot susu kosong tu kat belakang rumah, buat semak aje.[l«.se A.dZ« l« kAt b«.lA.kAN Äu.mAh bu.wAt s«.mA/ A.dZ«]Baling sahajalah di belakang rumah, buat semak sahaja.
pasak bumi[pA.sA/ bu.mi] berkenaan pesilat berdiri dalam keadaan lutut dibengkokkan bagi tujuan menguatkan kedudukan.Kalau nak kalahkan aku, pasak bumi kau mesti le bagus.[kA.lAw nA/ kA.lAh.kAn A.ku pA.sA/ bu.mi kAw m«s.ti l« bA.gus]Kalau hendak mengalahkan aku, pasak bumi engkau mestilah bagus.
tebau mengentak[t«.bAw m«.N«n.tA/] satu cara menebar gasing dengan tujuan memangkah gasing pihak lawan.Kalau kau nak pangkah gaseng die kene buat tebau mengentak le.[kA.lAw kAw nA/ pAN.kAh gA.seN di.j« k«.n« bu.wAt t«.bAw m«.N«n.tA/ l«]Kalau engkau hendak pangkah gasing dia buat tebar menghentaklah.

Kembali ke atas