Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merenangi laut lepas.

Bermaksud :

Pergi merantau tanpa tujuan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definasi qrganisasi kaitan dengan sumber manusiaOrganisasi ialah kesatuan (susunan dll) yang terdiri daripada bahagian (orang dll) dalam sesebuah pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan  bersama dsb); pertubuhan. Kaitan dengan sumber manusia  adalah dari segi  perancangan, keperluan, sumbangan dan objektif yang hendak dicapai. Misalnya, adakah pengambilan staf baru akan melonjakkan pencapaian prestasi organisasi atau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.Makna28.06.2008
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kekerabatan?Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Kekerabatan bermaksud yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan. Organisasi kekerabatan boleh dikatakan sebagai pertubuhan kekeluargaan.Makna01.03.2007
apakah fungsi organisasi

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik;

Istilah18.08.2009
Apakah perbezaan antara organisasi dengan pertubuhan?Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam se­suatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan.

Manakala pertubuhan bermaksud badan yang ditubuhkan untuk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.

Tatabahasa10.10.2013
Adakah perkataan “untuk tujuan” dan “di mana” boleh digunakan dalam ayat penyata? Contoh ayat “untuk tujuan”: (a) Internet boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. (b) Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji perlu menyediakan senarai subjek. Contoh ayat “di mana”: (a) Reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan maklumat memberikan penemuan. (b) Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan tidak diberikan rawatan dan satu kumpulan lagi diberikan rawatan.Perkataan "untuk tujuan" boleh digunakan pada ayat penyata dan sesuai pada ayat contoh yang diberikan.  Akan tetapi perkataan "di mana" tidak sesuai digunakan pada ayat contoh.  Perkataan "di mana" boleh digantikan dengan perkataan "iaitu".Lain-lain23.03.2017
Adakah perkataan “untuk tujuan” dan “di mana” boleh digunakan dalam ayat penyata? Contoh ayat “untuk tujuan”: (a) Internet boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. (b) Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji perlu menyediakan senarai subjek. Contoh ayat “di mana”: (a) Reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan maklumat memberikan penemuan. (b) Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan tidak diberikan rawatan dan satu kumpulan lagi diberikan rawatan.Perkataan "untuk tujuan" boleh digunakan dalam ayat penyata dan sesuai pada ayat contoh yang diberikan.  Akan tetapi perkataan "di mana" tidak sesuai digunakan pada ayat contoh.  Perkataan "di mana" boleh digantikan dengan perkataan "iaitu".Lain-lain23.03.2017
daripada zaihana. 1) ape maksud mentadbir sesuatu organisasi 2)Mentadbir ialah urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan. Organisasi pula ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan.Makna23.11.2009
Pihak kami ingin menyemak ejaan / perkataan di papan tanda bagi tujuan pengiklanan. Tujuan semakan ini adalah untuk mendapatkan surat kelulusan dari pihak DBP untuk kami lampirkan bersama dalam permohonan permit pelesenan dari majlis perbandaran. Disertakan papan tanda yang kami reka.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain09.11.2016
APAKAH KESAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIKKesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas.Lain-lain29.07.2009
tujuan untuk sign board kedai, bagi permohonan papan tanda kedai pihak majlis nak kelulusan dari pihak dewan bahasa dan pustaka.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP"Lain-lain29.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas