Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juh] | توجوه

Definisi : bilangan enam ditambah satu (7), angka 7; ~ belas 17; ~ puluh 70; bintang ~ nama gugusan bintang yg tujuh banyaknya, Pleiades; ~ keliling Jk sakit kepala yg amat sangat; ~ likur malam yg kedua puluh tujuh (dlm bulan Ramadan); ketujuh-tujuh tujuh-tujuh sekali, tujuh semua­-nya: ~ anaknya sudah dewasa dan ber­jaya dlm hidup masing-masing; ~ maja­lah ini mempunyai khalayak sasarannya yg ber-lainan; bertujuh tujuh jumlahnya, tujuh (orang dll) semuanya; menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd ketika orang mengandung tujuh bulan; ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh selepas seseorang meninggal; penujuh kenduri kerana menujuh hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juh] | توجوه

Definisi : bilangan enam ditambah satu; 7: ~ belas 17; ~ puluh 70. ~ likur malam yg kedua puluh tujuh dlm bulan Ramadan. bertujuh tujuh jumlahnya. menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd masa orang mengandung tujuh bulan. ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh setelah seseorang meninggal. ketujuh peringkat, bilangan dsb yg nombor tujuh: Dia mendapat tempat ~ dlm perlumbaan merentas desa. ketujuh-tujuh bertujuh sekali; bertujuh semua­nya: ~ orang pemain bola jaring itu ke­letihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tujuh

Puisi
 

Anak ayam turun tujuh,
     Satu mati tinggal enam;
Minta jauh neraka tujuh,
     Minta doa tetapkan iman.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Sudah tujuh duduk berjanda,
     sembilan beranak tiri,
tercecah uban di gigi.

Bermaksud :

Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apaBintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa.Makna13.12.2006
a. Setiap sepuluh (10) motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah dari Honda. atau b. Setiap sepuluh motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah daripada Honda. Antara a dan b yang manakah pernyataan yang betul. PENGGUNAAN DARI DAN DARIPADA (KEDUANYA KATA NAMA) PENGGUNAAN NOMBOR APAKAH SESUAI DALAM AYAT?Jawapan yang betul:
Tujuh daripada sepuluh buah motosikal di jalan raya daripada Honda.

atau

Tujuh daripada sepuluh motosikal di jalan raya daripada Honda. 

Lain-lain29.03.2021
Pada pukul tujuh pagi / Pada pukul 7 pagi / pada pukul 7.00 pagi / pada pukul 7:00 pagi. Mana satu yang betul?Yang paling tepat ialah ...pada pukul 7.00 pagi.Tatabahasa09.03.2010
1. maksud bintang tujuh 2. kritikan1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman.Makna14.12.2006
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelahPertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak.  Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti  Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut.Tatabahasa30.10.2012
Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada/pada tujuh prinsip kejayaanPotensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada tujuh prinsip kejayaan.Tatabahasa06.12.2011
Minta pencerahan mengikut Laras Matematik Divide the birds into seven trees Bahagikan burung-burung dengan tujuh pohon pokok. atau Bahagikan burung-burung kepada tujuh pohon pokok. Bahagikan ‘dengan’ atau pun ‘kepada’? Terima kasihPenggunaan perkataan yang sesuai ialah kepada. Penyemakan dan penterjemahan30.09.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih.1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = DasaTatabahasa13.07.2016
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan"Puan,

Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan.

Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian.
Makna12.07.2017
Saya ingin bertanya bagaimana mennyebut H1N1 dan H7N9 dalam bahasa Melayu, apakah H. Satu N. Satu dan H. Tujuh N. Sembilan? Ketika ini saya dengar semua media elektronik di Malaysia dalam berita bahasa Melayunya menyebut H. One N. One dan H. Seven N. Nine, tapi dalam berita bahasa Cina, sebutan angka itu dibaca dalam bahasa Cina. Saya juga ada mendengar berita bahasa Melayu dari TV Singapura yang menyebut angka itu dalam bahasa Melayu. Jadi saya keliru apakah betul sebutan media berbahasa Melayu di Malaysia. SekianSebutan sepertimana bentuk visualnya dalam bahasa Melayu, iaitu H1N1 disebut H satu N satu dan H7N9 disebut H tujuh N Sembilan.Tatabahasa11.04.2013
1234567

Kembali ke atas