Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun tujuh, Satu mati tinggal enam; Minta jauh neraka tujuh, Minta doa tetapkan iman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bintang tujuh tinggal enam, Gugur sebiji di Gunung Daik; Hilang sebut tinggal senam, Baru tahu emas tak baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Gunung Daik; Peluk tubuh rasa nak demam, Baru kutahu badan tak baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kancingnya tujuh, Mengecipuk air di dulang; Kalau Si Awang berhati sungguh, Ambil sebiji dibawa pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pudak tujuh setangkai, Gajah bersila di uratnya; Angin ribut boleh kutangkal, Hati gila apa ubatnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi. |