Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juh] | توجوه

Definisi : bilangan enam ditambah satu (7), angka 7; ~ belas 17; ~ puluh 70; bintang ~ nama gugusan bintang yg tujuh banyaknya, Pleiades; ~ keliling Jk sakit kepala yg amat sangat; ~ likur malam yg kedua puluh tujuh (dlm bulan Ramadan); ketujuh-tujuh tujuh-tujuh sekali, tujuh semua­-nya: ~ anaknya sudah dewasa dan ber­jaya dlm hidup masing-masing; ~ maja­lah ini mempunyai khalayak sasarannya yg ber-lainan; bertujuh tujuh jumlahnya, tujuh (orang dll) semuanya; menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd ketika orang mengandung tujuh bulan; ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh selepas seseorang meninggal; penujuh kenduri kerana menujuh hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juh] | توجوه

Definisi : bilangan enam ditambah satu; 7: ~ belas 17; ~ puluh 70. ~ likur malam yg kedua puluh tujuh dlm bulan Ramadan. bertujuh tujuh jumlahnya. menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd masa orang mengandung tujuh bulan. ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh setelah seseorang meninggal. ketujuh peringkat, bilangan dsb yg nombor tujuh: Dia mendapat tempat ~ dlm perlumbaan merentas desa. ketujuh-tujuh bertujuh sekali; bertujuh semua­nya: ~ orang pemain bola jaring itu ke­letihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tujuh

Puisi
 

Anak ayam turun tujuh,
     Satu mati tinggal enam;
Minta jauh neraka tujuh,
     Minta doa tetapkan iman.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Sudah tujuh duduk berjanda,
     sembilan beranak tiri,
tercecah uban di gigi.

Bermaksud :

Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
septetrangkap tujuhKesusasteraanTiadaStanza yang mengandungi tujuh baris.
Keris Parung SariKeris Parung SariKerisTiadaKeris yang mempunyai tujuh keluk dan sesetengahnya pula mempunyai tujuh belas keluk dan pada bahagian mata diukir bentuk ular.
septetseptetKesenianTiada1. Kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang pemain atau penyanyi.,2. Gubahan muzik untuk tujuh orang pemain muzik.
septuor (F)septuorKesenianTiada1. Kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang pemain atau penyanyi.,2. Gubahan muzik untuk tujuh orang pemain muzik.
heptastichsaptabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi tujuh baris serangkap tetapi tidak dalam semua rangkapnya. Contohnya. puisi "Pada Setiap Kali Kau Tiba. Ogos" karya Kemala yang hanya rangkap pertama sahaja mengandungi tujuh baris. Pada setiap kali kau tiba, Ogos bumi dan hati ini melapangkan ruang buat kata hikmah harga diri awan hitam semalam awan hitam belenggu terbenam di kaki hari. (R:1, 7 baris) (R:2, 12 baris) (R:3, 9 baris)
flexible control cablekabel kawalan mudah lenturKejuruteraan Kapal TerbangTiadaKabel kawalan pesawat udara yang mengandungi tujuh lembar dawai keluli. Setiap lembar mempunyai tujuh dawai terasing.
unit cellsel unitKimiaTiadaKumpulan atom, ion atau molekul yang terkecil yang berulangan di dalam kekisi sistem hablur. Terdapat tujuh jenis sel unit asas yang menghasilkan tujuh sistem hablur. Misalnya, sel unit natrium klorida ialah kiub dengan lapan ion di setiap sudut, satu pada setiap permukaan, satu pada setiap sisi, dan satu di pusat jasad.
allegoryalegoriKesenianDrama dan TeaterIdea atau konsep abstrak dalam bentuk watak, objek atau lambang untuk memberikan sesuatu pengertian lain yang lebih penting di luar karya. Contohnya, syarat-syarat hantaran peminangan yang diberikan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud, iaitu tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air mata anak dara dan semangkuk darah putera raja dalam sejarah Melayu.
fautes intentionelles ou seviles Per.silap hasratanKesusasteraanTiadaKesalahan yang terjadi disebabkan oleh kerana tersilap ucap dengan apa yang sebetulnya diinginkan. Contoh: cerita kenapa bangau kurus, sebenarnya ia meminta makan tujuh kali sehari tetapi terucapkan tujuh hari sekali.
seven deadly sintujuh maha dosaKesusasteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas