Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina balik ke China, Tujuh hari sekali sampai; Niat hati memetik bunga, Kirimlah saya barang setangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah padi masak bersantar, Diberi oleh raja Belanda; Tujuh hari mayat terlantar, Menanti ubat bawaan adinda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jurumudi turun ke perahu, Tiba kuala pecahnya sampan; Terlalu sedap rasanya bau, Tujuh hari adinda tak makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh. |