Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat, yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tukang (kata nama)
Bersinonim dengan pandai, ahli, juru, pakar, utas, kipu, panjunan;,
Kata Terbitan : bertukang, menukang, ketukangan, pertukangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dikir baratdikir baratMuzikTiada

 Nyanyian berpantun dengan gaya bersahut-sahutan antara pe­nyanyi solo pertama yang dikenali sebagai juara atau tok juara dengan korus yang dikenali sebagai awok-a wok. Dikir barat merupakan sejenis hiburan sekular rakyat Melayu Kclantan semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Tok Juara memulakan sesuatu lagu dengan nyanyian solo tanpa iringan. Manakala penyanyi solo kedua pula bertindak sebagai tukang karut. Tukang karut ini akan mengarang pantun secara spontan. Teksnya berkaitan dengan kehidupan seharian, mesej politik atau pembangunan negara. Dikir barat diiringi ensembel yang terdiri daripada rebana ibu dan anak, tetawak, canang dan marakas.

dikir baratdikir baratKesenianDrama dan TeaterDikir yang disampaikan secara berkumpulan dengan memasukkan elemen muzik, nyanyian dan gerak aksi yang diadun sebagai satu gubahan untuk menyindir secara berjenaka mengenai isu sosial. Seni tradisi ini digemari oleh masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Komposisi ahli kumpulan terdiri daripada pemuzik, awak-awak, juara dan tukang karut.
orthodoxyfaham ortodoksSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah.

Kembali ke atas