Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.kar] | توکر

Definisi : bp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika di­panaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memin­dahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.kar] | توکر

Definisi : ; bertukar 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. bertukar-tukar saling berganti; berganti-ganti. bertukar-tukaran saling memberikan sesuatu: ~ hadiah. menukar 1 mengganti dgn yg lain: Ia ~ kasutnya yg lama dgn yg baru. 2 mengubah nama dll. 3 mengganti tempat letak sesuatu: Ia ~ tempat keretanya ke tempat yg teduh. menukarkan 1 menjadikan atau mem­­buat supaya bertukar: Siapa yg ~ meja kami? 2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya. 3 mengarah­kan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~nya dr Ipoh ke Seremban. pertukaran perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. penukaran perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan: ~ permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. penukar 1 orang yg menukar: ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). 2 alat yg digunakan utk menukar atau utk menukarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fresh~ out of, (colloq) baru /kehabisan, habis/: I’m ~ out of change, saya baru kehabisan duit tukar or duit tukar saya baru habis; /be, get/ ~ with so., (colloq), /berlaku kurang ajar, menggatal/ dgn sso: if he tries to get ~ with me I’ll report him, jika dia cuba berlaku kurang ajar dgn saya, saya akan laporkan dia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exchangevt 1. give (st) and receive (st) in return, (letters, presents, etc) berbalas-balas, bertukar-tukar; (addresses , business cards, photographs, etc) bertukar-tukar; (views, ideas, etc) bertukar-tukar: the heads of state ~d gifts, ketua-ketua negara itu bertukar-tukar hadiah; ~ blows, bertumbuk(-tumbukan), berbalas-balas tumbukan; ~ glances, saling pandang-memandang, berbalas pandangan; ~ greetings, bertegur-sapa, saling sapa-menyapa, berbalas-balas sapaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trade-inadj tukar beli: ~ value, nilai tukar beli;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bartern tukar barang, barter: ~ system, sistem barter; ~ trade, perdagangan tukar barang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inconvertibleadj (esp of currency) tak boleh tukar: ~ notes, wang ertas tak boleh tukar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swap vt trade, exchange, (reciprocal) bertukar(-tukar); (st for st) menukar: the two men ~ped newspapers, dua lelaki itu bertukar-tukar surat khabar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exchange~ st with, bertukar-tukar sst dgn; (greetings, glances, etc) berbalas-balas sst dgn: she ~d shoes with her sister, dia bertukar-tukar kasut dgn kakaknya; ~ words with so., /bertengkar, berkelahi, bertikam lidah/ dgn sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swap n pertukaran, tukar-menukar: he regarded it as a fair ~, dia menganggapnya satu pertukaran yg adil; the boys did a ~ with their lunches, budak-budak itu tukar-menukar bekal makan tengah hari mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swap as soon as he agreed to the ~ he regretted it, sebaik sahaja dia bersetuju utk tukar-menukar dia berasa menyesal pula; let’s make the ~ now, mari kita tukar-menukar sekarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
redeemableadj (of bonds, shares) boleh tebus; (of voucher, coupon, etc) boleh tukar: these gift certificates are not ~ after 1st June, sijil-sijil hadiah ini tdk boleh tukar selepas 1hb Jun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas