Tukar "Outlet Hotline" dan "Hotline" kepada bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa. Boleh beri kami maksud Hotline dan Outlet Hotline dalam bahasa Melayu. | Padanan bahasa Melayu untuk "hotline" ialah talian penting atau talian khidmat pelanggan. Oleh itu, "outlet hotline" boleh ditukar kepada talian penting cawangan atau talian khidmat pelanggan cawangan. | Istilah | 21.10.2016 |
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. i. Semua pelajar berdiri apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan. ii. Air teh itu perlulah ditapis dahulu sebelum diminum. iii. Siapa wanita yang memakai tudung biru itu? iv. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial. v. Rumah keluarga Fahrimi telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke kampung. | i. Apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan semua pelajar berdiri. ii. Sebelum diminum air teh itu perlulah ditapis dahulu. iii. Wanita yang memakai tudung biru itu, siapa? iv. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial pengguna haruslah berhati-hati. v. Telah dipecah masuk rumah keluarga Fahrimi ketika mereka pulang ke kampung. | Tatabahasa | 18.05.2016 |
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
tukar ayat aktif kepada pasif ayat: bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. | Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya sedang ditebang oleh bapa saudara saya. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Tukar ayat aktif ke ayat pasif 1. kami berjanji akan menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar secepat yang mungkin. Jawapn Diberi: Tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar kepada kami berjanji akan disiapkan secepat mungkin. soalan saya adakah jawapan itu betul, "kami "merupakan kGD pertama, bolehkah "disiapkan " digunakan ? Terima kasih. | Jawapan yang diberikan tidak tepat. Ya, 'kami' merupakan KGD pertama. Cadangan jawapan: Tugasan yang diberikan oleh cikgu Mokhtar akan kami siapkan secepat mungkin. | Lain-lain | 31.08.2009 |
SILA TUKAR PERKATAAN DI BAWAH KEPADA BAHASA MELAYU. 1. PLANTS 2. ORGANIC 3. LEAVY VEGETABLES 4.TIDBITS 5. DELI 6. EAT IN ( CLINE IN) 7. MAKE IN ORDER | SILA berikan cadangan terjemahan untuk semakan DBP. | Lain-lain | 24.09.2014 |
Re : Tukar ayat aktti kepada ayat pasif: 1.Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. (a) Sekilo udang dari pasar itu dibeli oleh Yu Kang. (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar itu. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. (a) Buku cerita dari perpustakaan di pinjam oleh Su Xin. (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? Sekian, terima kasih. | 1. Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. Ayat pasifnya - (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. Ayat pasifnya (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
Saya mahu tukar nama pengenalan dan juga e-mel untuk akaun Gerbang Kata saya, bagaimana? Siapa yang sepatutnya dihubungi? Tiada maklumat 'Hubungi Kami' dalam laman itu. | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
Ayat Aktif tukar kepada Ayat Pasif, yang manakah betul ataupun kedua-dua boleh diterima? Ayat Aktif: Ayah telah mencuci kereta pada minggu yang lepas. Ayat Pasif: 1)Kereta telah dicuci oleh ayah pada minggu yang lepas. 2)Pada minggu yang lepas, kereta telah dicuci oleh ayah. | Kedua-dua ayat pasif yang diberikan adalah betul. | Lain-lain | 11.04.2017 |
Assalamualaikum Tuan,Puan,Cik, Saya mohon kerjasama dari Tuan,puan,cik untuk mengesahkan signboard ini lulus tak dari Dewan bahasa. Terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Tukar kepada Pusat Jahit 2. Pindahkan teks Pusat Jahit ke sebelah atas kiri papan premis 3. Tukar kepada BLOK A, 4. Tukar kepada Pulau Pinang 5. Tukar kepada TEL.: Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.06.2020 |