Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ka.ran] | توکرن

Definisi : sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menulis tajuk bagi satu jadual seperti berikut: Dasar Fiskal Di bawah Kadar Tukaran Tetap Betulkah perkataan "Di bawah" dieja sedemikian? Terima kasih.Dasar Fiskal di Bawah Kadar Tukaran Tetap - di Bawah dieja dalam dua perkataan dan kata sendinya (di) huruf kecil. Tatabahasa28.01.2011
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah terjemahan yang betul untuk "...in exchange for lower potential return"? Adakah (a) "...sebagai pertukaran kepada potensi pulangan yang rendah"; atau (b) "...sebagai tukaran kepada potensi pulangan yang rendah"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "...in exchange for lower potential return" ialah "... sebagai pertukaran/tukaran untuk potensi pulangan yang rendah". Makna04.10.2021
Apakah terjemahan untuk ‘Mid-Market Rate’ iaitu istilah yang digunakan dalam skop kewangan untuk menerangkan kadar tukaran wang asing semasa?Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mid-market rate' ialah kadar pasaran pertengahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah21.09.2022

Kembali ke atas