Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lah] | توله

Definisi : kemalangan yg menimpa kerana me­langgar larangan (melakukan sesuatu yg kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd raja, dll), kualat, kutuk: ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda; ~ papa kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~ Br takut mendapat kece­la­kaan kerana melawan perintah ibu bapa; takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda; menulahi mengenakan tulah kpd, mengu­tuki (menyumpahi dll) orang supaya men­dapat kemalangan; ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah: baginda telah ~ pd raja Melaka kerana yg sebenarnya raja Melaka itu tiada patut berkirim sembah kpd raja China. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lah] | توله

Definisi : IB, bp elaun (belanja hidup dll), tam­bah­an (pd gaji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lah] | توله

Definisi : kemalangan yg berlaku pd diri seseorang kerana melanggar larangan (melakukan perbuatan yg kurang baik terhadap orang tua, orang suci dsb). menulah mengenakan tulah pd; me­ngutuk atau menyumpah seseorang (supaya mendapat kemalangan). ke­tulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulah (kata nama)
Bersinonim dengan kualat, daulat, sumpah, kerama, cermak;,
Kata Terbitan : menulahi, ketulahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih -

1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah.  

2. Perlu ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa01.10.2010
Salam sejahtera, Mengenai slanga, adakah bahasa kependekan (bp), tergulung di dalam kategori ini? Bolehkan, ni (ini), tu (itu) dll dianggap sebagai slanga? Bagaimana pula dengan perkataan okey? Adakah ianya dianggap sebagai slanga? Saya juga ingin tahu sama ada perkataan slanga, apabila digunakan dengan partikel "lah", perlukah ia disambungkan? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).

Ni, tu dan okey dianggap sebagai slanga kerana hanya digunakan dalam bahasa percakapan tidak rasmi. Okey dalam bahasa rasmi ditulis baiklah.

Bagi semua perkataan yang ditulis dengan partikel “lah”, hendaklah dieja bersambung (nilah, tulah). Walau bagaimanapun, ayat yang gramatis ialah inilah dan itulah.


Istilah17.04.2020

Kembali ke atas