Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lang] | تولڠ

Definisi : 1. rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya: ~ ayam; ~ ikan; ~ dadanya retak akibat kemalangan itu; 2. ki sesuatu yg menyerupai tulang atau rangka; ~ daun urat pd daun; ~ andas salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dgn tulang tukul; ~ ari-ari = ~ som tulang pd bahagian ari-ari; ~ air mata tulang yg nipis spt sisik terdapat pd sebelah atas rongga mata; ~ belakang a) = ~ punggung Id = ~ ula-ula tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung; b) ki orang atau sesuatu yg menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll); c) bahagian jilidan buku yg kelihatan apabila buku disusun di rak; ~ belikat = ~ daun = ~ dayung = ~ kipas = ~ tamparan nyamuk tulang yg berbentuk spt kipas pd belikat; ~ belulang tulang dan kulit sahaja; ~ belut sj jahitan yg umumnya terdapat pd baju teluk belanga; ~ benih Kl senjata utk membunuh; ~ bercagak = ~ pengancing tulang rahang atas dan rahang bawah; ~ bercerai = ~ berselisih = ~ tercabut = ~ tergeliat = ~ terkehel tulang yg tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dll); ~ betis a) = ~ kering tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki; b) tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki pd sebelah belakang, fibula; ~ buku bahagian belakang buku; ~ buku lali tulang yg berbonggol hampir dgn pergelangan kaki; ~ bumbung kayu yg membujur pd bum­bung rumah (utk menyangga kasau); ~ cagak = ~ pipi tulang di antara rongga mata dgn telinga; ~ caping = ~ hulu hati = ~ sudu hati tulang yg lembut pd hujung tulang dada; ~ cenak tulang yg melintang dr pangkal leher hingga ke pangkal bahu; ~ cenonot = ~ kongkeng = ~ tongkeng = ~ sulbi tulang di bawah sekali pd bahagian tulang belakang, yg terletak di punggung; ~ dada = ~ papan = ~ rimau menangis tulang yg pipih di tengah-tengah dada (tempat tulang rusuk bertemu), sternum; ~ dahi tulang pd bahagian dahi; ~ daun a) tulang belikat; b) urat pd daun; (dgn) ~ delapan kerat ki hanya tubuh sahaja; ~ empat kerat anggota badan (kaki dan tangan); ~ gigi = ~ rahang bawah tulang yg memben­tuk dagu (tempat gigi bawah melekat); ~ godok kepala tulang pd bahagian belakang tengkorak; ~ halus = ~ ketul = ~ muda = ~ rawan tulang yg lunak atau lembut; ~ hasta tulang tangan yg di sebelah dalam; ~ hitam bp sumsum; ~ kamkam tulang cagak; ~ karang tulang yg rupanya spt karang; ~ kelek buyung bahagian atas tulang pungkur; ~ kemburan tulang pd tapak tangan; ~ keng bahagian hujung tulang rahang; ~ kering tulang pd bahagian kaki di sebelah hadapan betis, tulang pd bahagian kaki dr lutut ke buku lali; ~ ketuk jari buku jari (utk meluku); ~ kucing = ~ lengan atas = ~ pangkal lengan tulang dr bahu hingga ke siku; ~ langit-langit tulang yg di sebelah atas mulut (pd langit-langit); ~ lebar = ~ ruas tengkuk tulang yg beruas-ruas pd leher; ~ lembusir = ~ papan bahu tulang belikat dan tulang selangka; ~ mata duli = ~ mata kaki = ~ alah mak bonggol tulang betis hampir dgn pergelangan kaki (tulang buku lali); ~ mereh tulang spt tapak kuda yg hampir dgn pangkal lidah; ~ paha = ~ selangka katak tulang dr lutut hingga ke pangkal paha; ~ pangkal paha = ~ pungkur = ~ punggung tulang yg lebar pd bahagian pinggang hingga ke punggung; ~ pantat = ~ punggung = ~ pelana bahagian tulang pungkur yg di bawah sekali; ~ papan pungkur = ~ ruas pinggang = ~ ruas punggung bahagian tulang belakang dr pinggang ke punggung, sulbi; ~ pelipis = ~ pelipisan = ~ tudung bahagian tulang teng­korak di antara dahi dgn telinga; ~ pemulas = ~ pengumpil tulang di antara siku dgn perge­langan tangan yg di sebelah luar; ~ perabung kayu palang yg dipasang pd persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); ~ pergelangan kaki tulang di antara tulang tumit dgn buku lali; ~ pergelangan tangan tulang yg menghubungkan jari dgn lengan, buku tangan, sendi tangan; ~ pukang a) tulang pangkal paha; b) tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya; ~ rahang tulang tempat gigi melekat; ~ rakap salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn dua tulang kecil yg lain (andas dan tukul); ~ rangka segala tulang yg menjadi rangka tubuh badan, kerangka; ~ rawan a) tulang muda; b) tulang dada (binatang); ~ ruas tulang yg beruas-ruas (tulang belakang dll); ~ ruas jari tulang yg merupakan bahagian drpd jari; ~ rusuk tulang yg melingkungi rongga dada; ~ selangka tulang cenak; ~ sudu hati = ~ sedu hati tulang caping; ~ sumsum tulang yg berisi sumsum, mis tulang belakang; ~ tangan tulang dr siku hingga ke pergelangan tangan; ~ tengkorak dua tulang pd sebelah kiri dan kanan kepala; ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh; ~ tukul salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegen­dang telinga dan bersendi dgn tulang andas; ~ teras tentera Id ark induk tentera; ~ tudung tulang di antara tulang tengkorak dgn tulang pelipis; ~ tumit tulang pd bahagian tumit; ~ tongkeng tulang cenonot; ~ tunjang a) tulang di antara jari kaki dgn tumit; b) kaki ayam (burung dll); ~ tutup dahi tulang dahi yg benar-benar di atas mata; minta ~ ke lidah = minta ~ ke lintah prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang juga prb budi bahasa yg baik itu tidak akan dilupakan orang; ringan ~ berat perut prb orang yg mahu bekerja berat serta dgn rajinnya tentu akan mendapat rezeki; tinggal ~ dgn kulit = tinggal kulit pembalut ~ prb perihal orang yg sangat kurus; bertulang 1. mempunyai tulang; ikan ~ ikan yg mempunyai tulang; 2. mempunyai rangka atau tulang (drpd besi, kayu, dll); beton ~ Id simen yg dikuatkan dgn besi di dalamnya; lidah tiada ~ prb orang yg mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya; menulangi membuang tulang (ikan dll); tulang-tulangan 1. segala macam tulang (dlm tubuh), rangka tubuh; 2. rangka rumah (drpd kayu dll); ketulangan terlekat atau tersangkut tulang ikan dll di kerongkong; pertulangan ark (Bali) tempat mayat dibakar; penulangan pembentukan tulang atau bahan bertulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lang] | تولڠ

Definisi : ; ~ daing sj tumbuhan (pokok), jenaris, Millettia atropurpurea; akar ~ daing bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), jenderih, Derris thysiflora; kayu ~ sj tumbuhan (pokok); a) Arytera littoralis; b) Memaocylon costatum; rumput ~ belalang sj tumbuhan (rumpai), rumput telur kutir, Eragrostis amabilis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lang] | تولڠ

Definisi : 1 rangka atau bahagian rangka tubuh manusia atau binatang: Di dlm lubang itu, terdapat beberapa kerat ~ manusia. 2 sesuatu yg menyerupai tulang 1 atau yg menyerupai rangka: ~ daun urat pd daun. ~ andas ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dan tulang tukul. ~ belakang a. tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung. b. ki sesuatu yg menjadi pusat kekuatan atau pusat tenaga dlm sesuatu kumpulan dsb. c. ki seseorang yg sangat diharapkan dlm sesuatu kumpulan dll. ~ belikat tulang yg leper dan berbentuk segi tiga pd belikat. ~ belut nama sj jahitan yg umumnya terdapat pd leher baju teluk belanga. ~ bercagak (pengancing) tulang rahang atas. ~ buku bahagian belakang buku. ~ bumbung kayu yg membujur pd bumbung rumah utk menyangga kasau. ~ cenak (selangka) tulang yg melintang yg menghubungkan tulang bahu dgn bahagian atas tulang dada. ~ cenonot tulang sulbi. ~ dada tulang pipih di tengah-tengah dada tempat tulang rusuk bertemu. ~ empat kerat anggota badan, iaitu kaki dan tangan. ~ kemburan tulang pd tapak tangan. ~ kering tulang betis di sebelah hadapan. ~ pengancing tulang bercagak. ~ rahang tulang pd rahang. ~ rakap ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn tulang andas dan tulang tukul. ~ rawan a. tulang muda. b. tulang dada binatang. ~ rusuk tulang yg melengkungi rongga dada. ~ selangka tulang cenak. ~ sulbi bahagian tulang belakang yg di bawah sekali, iaitu pd bahagian punggung. ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh. ~ tongkeng tulang sulbi. ~ tukul ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegendang telinga dan bersendi dgn tulang andas. tinggal ~ dgn kulit sangat kurus. tulang-tulangan 1 segala jenis tulang; rangka tubuh. 2 rangka rumah. bertulang 1 mempunyai tu­lang: Sotong ~ satu. 2 mempunyai rangka atau tulang drpd besi, kayu dll. menulangi membuang tulang (ikan dll). ketu­­lang­an tersangkut atau terlekat tulang di kerongkong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulang (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka: kerangka

2. Bersinonim dengan urat: bingkai, bagah,

Kata Terbitan : bertulang,

Puisi
 

Naik bukit menggali halia,
     Baik tergali tulang belut;
Kalau jadi kita berdua,
     Kita bergurau semalam suntuk.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tinggal jangat pemalut tulang.

Bermaksud :

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
IKAN TULANGIkan tulang hidup di perairan lautan panas.
Ada dua jenis ikan tulang: ikan tulang biasa yang
banyak terdapat; dan ikan tulang Hindia Barat
yang ditemui hanya pada tahun 1910.
UMUMUmum
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai tulang marmar atau

osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM 
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
OSTEOMIELITIS

Osteomielitis ialah keradangan tulang dan

sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras

tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,

biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai

Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh

berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.

Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh

terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.

Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari

bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di

bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala

osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,

kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.

Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan

antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui

pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat

osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan

tulang dan seterusnya kecacatan.

UMUM 
SALURAN HAVERS

Saluran havers ialah saluran-saluran halus di

dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang

yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh

darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan

saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari

pembuluh yang lebih besar dalam periosteum

(selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang.

Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran

untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu

tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau

sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang

membentuk tulang padat.

UMUM 
OSTEOLOGI

Osteologi ialah sains yang berkaitan dengan

struktur dan fungsi tulang. Ahli osteologi mengkaji

tulang manusia dan haiwan. Mereka boleh

menentukan saiz dan tabiat hidup haiwan prasejarah

melalui tulangnya. Mereka juga boleh menyatakan

umur, jantina, ketinggian dan berat manusia atau

haiwan daripada tulangnya. Osteologi juga termasuk

kajian tentang gangguan tulang dan penyakit tulang.

Lihat juga Tulang.

UMUM 
TENDON

Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah

korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan

otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan

menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak

serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat,

yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung

tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung

satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini

boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam

selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak

dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di

tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali

sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh

dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya

mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh

manusia (gambar: Ligamen dan tendon).

UMUM 
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas