Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.li] | تولي

Definisi : tidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak; ~ sebelah tidak dapat mendengar dgn sebelah telinga; buta ~ tidak mempedulikan sesuatu apa; menulikan = ~ telinga 1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dll), memekakkan: teriakan penjaja itu ~ telinga; 2. membuat tuli (dgn sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dll); ketulian perihal tuli, kepekakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.li] | تولي

Definisi : tidak dpt mendengar kerana alat pendengarannya rosak; pekak: buta ~ tidak mengendahkan sesuatu apa pun. menulikan menyebabkan menjadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya); memekakkan: ~ telinga berpura-pura tidak mendengar; membuat tuli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuli (adjektif)
Bersinonim dengan pekak, congek, tuna kerna.,

Puisi
 

Burung merbuk di tepi pekan,
     Pipit tuli mati terjerat;
Buah mabuk jangan dimakan,
     Pokok berduri jangan dipanjat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti si buta mendapat tongkat,
     dipukulkan buta-tuli.

Bermaksud :

Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tuli-tulituli-tuliKerisTiadaPerhiasan daripada tali yang disusun secara bergelung-gelung dan dipasang pada bahagian sarung.
tuli-tulituli-tuliKerisTiadaPerhiasan daripada tali yang disusun secara bergelung-gelung dan dipasang pada bahagian sarung.
batir-batirbatir-batirKerisTiadaPerhiasan yang berbentuk butang pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas.
kembang tuli(Baj., Sam.)kembang tuli(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun bunga kembang tuli.
severely deaftuliPendidikanTiadaTiada
severely deaftuliSosiologiTiadaTiada
deaf-mutebisu-tuliPsikologiTiadaTiada
blind searchgelintaran buta-tuliKomputerTiadaTiada
deaf-aid batterybateri bantu tuliKomunikasi MassaTiadaTiada
morbid jealousycemburu butaPerubatanPsikiatriSeseorang yang cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli.
12

Kembali ke atas