Apa terminologi sesuai untuk "Deafblindness"? 1. Buta tuli 2. Kebutatulian 3. Buta pekak 4. Kebutapekakan https://en.wikipedia.org/wiki/Deafblindness | Kami mencadangkan "deafblindness" diterjemahkan sebagai "cacat pendengaran dan penglihatan" atau "masalah pendengaran dan penglihatan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.09.2021 |
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. – Utusan Msia onlne / 8/9/2009 Apakah maksud ‘jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta’ ? Terima kasih. | Frasa tersebut tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 05.02.2010 |
Assalamualaikum, Is it ok to use "MEMBABI BUTA" in a formal complaint letter? If not, can you suggest another peribahasa that gives the same impact and meaning? Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "membabi buta" ialah melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain). Walau bagaimanapun untuk konteks yang lebih rasmi dan santun, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan "membuta tuli". | Makna | 17.06.2021 |