Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lis] | توليس

Definisi : ; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis oleh­nya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, meng­gambar, melukis: laksana gambar baru di­tulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatat­kan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. men­cerita­kan dgn menulis, mengarangkan, me­nyurat­kan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyu­rat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg di­tulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambar­kan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdir­kan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg mema­kai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lis] | توليس

Definisi : ; bertulis mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. menulis 1 membuat huruf dll dgn menggunakan kalam, pensel, pena dll: Murid-murid darjah satu baru saja belajar ~ A, B, C. 2 menyatakan fikiran atau perasaan dgn tulisan; mengarang. 3 membuat kain batik dgn tangan; membatik dgn tangan. tulis-menulis hal-hal menulis, mengarang dsb. me­nu­lisi menulis atau mencatat pd: Ia ~ kertas itu dgn pena. menuliskan 1 menggunakan sesuatu utk menulis: Ia tidak dpt ~ pena itu kerana tidak ber­dakwat. 2 menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: Saya telah ~nya sepucuk surat. tertulis sudah atau telah ditulis; ter­catat. tulisan 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. penulisan perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. penulis 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,

Puisi
 

Anak ayam turun empat,
     Satu mati tinggal tiga;
Minta tulis dalam makrifat,
     Minta masuk dalam syurga.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alat tulis-alat tulis =alat-alat tulis? ?Jawapan ialah alat-alat tulis kerana penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.Tatabahasa09.11.2014
Bolehkah alat tulis digandakan menjadi alat-alat tulis? Atau alat tulis sudah memadai kerana sudah membawa makna jamak?Perkataan "alat tulis" boleh digandakan menjadi "alat-alat tulis". Namun, memadai ditulis "alat tulis" sahaja kerana perkataan "alat" telah menunjukkan banyak dan pelbagai.Tatabahasa06.11.2014
Saya yang menulis karangan itu. A Karangan itu saya yang tulis. B Karangan itu yang saya tulis. C Yang tulis karangan itu saya. menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif... berikut manakah jawapan yang paling tepat?Ayat pasif yang paling tepat ialah A. Karang itu saya yang tulis.Lain-lain06.07.2015
1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih.Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai.Tatabahasa12.08.2013
selamat sejahtera encik. 1. Hadapan kelas ada papan tulis. 1a. Di hadapan kelas ada papan tulis. Perlukah kata sendi di digunakan dalam ayat 1a? ayat mana yang betul? kalau ayat 1 salah, harap dapat penjelasan daripada encik. terima kasih.Penggunaan ayat “Hadapan kelas ada papan tulis” kurang tepat. Ini kerana, akan menjadi “ada papan tulis depan kelas” soalannya “papan tulis ada di mana?” bukannya  “papan tulis ada mana?” mana papan tulis? adalah salah, sepatutnya “Di mana papan tulis?”, oleh itu, penggunaan “di” perlu ada.Makna24.11.2018
Tulis sebuah karangan yang bertajuk "adat berkhatan".Sertakan juga proses berkhatan.Sila rujuk guru di sekolah tentang tatacara menulis karangan, menggunakan format yang betul dan fakta yang tepat.Lain-lain04.11.2015
*Tulis sekali, soalan yang saya kirimkan itu ada kesalahan. Bagaimanakah pula dengan ayat ini? Frasa "terhadap keadaan ibu" atau "kepada keadaan ibu" patut digunakan? Saya rasa bahawa di sini kata sendi nama "atas" tidak sesuai digunakan, walaupun kata sendi nama "atas" terletak di hadapan frasa nama yang tidak ada bentuk fizikal (abstrak). Kata sendi nama "tentang" pula jika digunakan, akan terbit maksud yang pelik, tetapi kata sendi nama "tentang" dapat menerangkan unsur mujarad atau abstrak. Frasa: Kesan perbalahan anak-anak terhadap / kepada / tentang keadaan ibuTiada rumus yang tepat untuk ayat "perbalahan anak-anak terhadap/kepada/tentang keadaan ibu, kami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "kesan perbalahan anak-anak terhadap ibu".Tatabahasa11.08.2014
Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Merujuk kepada ayat di atas, kalau kita tulis karangan, pada permulaannya kita tulis ayat di atas, seterusnya kalau kita tulis di perenggan akhir ... Pengerusi PIBG menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang. Kita cuma tulis shortform PIBG, tidak perlu menulis sepenuhnya (Persatuan Ibubapa dan Guru), betulkah ?Ya, betul. Tidak perlu mengulangi perkataan tersebut.Tatabahasa14.07.2014
saya keliru tentang perkataan 'alat tulis'...manakah yang betul. 'Alat tulis' atau 'Alatulis'...TKEjaan yang betul ialah "alat tulis".Ejaan12.08.2011
Saya keliru, adakah relang dengan e pepet, atau e taling? Jawi tulis e pepet, rumi tulis e taling. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=relangSebutan bagi kata relang ialah e pepet. Sila rujuk kamus yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1454.Ejaan01.12.2023
12345678910...

Kembali ke atas