epitaph | epitaf | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan-tulisan ringkas yang isinya berupa pujian kepada orang yang sudah meninggal. |
colourizer | pewarna | Komunikasi | Tiada | Alat yang digunakan untuk menjana warna pada isyarat video supaya dapat mewarnakan tulisan-tulisan di dalam televisyen. |
cuneiform | pepaku; kuneiform, tulisan baji | Sejarah | Tiada | 2. Tulisan baji: Tulisan berbentuk baji yang digunakan pada tamadun Mesopotamia. |
cuneiform | pepaku; kuneiform, tulisan baji | Kesenian | Tiada | 2. Tulisan baji: Tulisan berbentuk baji yang digunakan pada tamadun Mesopotamia. |
pseudepigrapha | karya salah nama | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang dianggap tulisan orang lain dan bukan tulisan pengarangnya sendiri. |
script/scriptio | tulisan | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan tangan yang digunakan untuk menulis atau menyalin sesebuah teks. Contoh: tulisan jawi untuk teks-teks lama Melayu dan tulisan Jawa ha, na, ca, ra, ka, untuk teks-teks Jawa. |
demotic | demotik | Sejarah | Tiada | Tulisan sambung yang menyerupai tulisan Mesir purba dijumpai pada abad ke-7 Sebelum Masihi dan digunakan hingga abad ke-5 Sebelum Masihi ditemui sebagai salah satu daripada tiga bentuk tulisan pada batu Rosetta. |
bicharacter (stamp) | dwiaksara (setem) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem yang mengandung dua jenis tulisan misalnya tulisan jawi dan rumi. |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
palimpsest | palimpses | Kesusasteraan | Tiada | Sekeping bahan tulisan seperti kulit yang dipadamkan tulisannya yang awal. Bahan tulisan ini digunakan semula sehingga sering kali berlaku inskripsi yang bertindan atau berlapis kerana tulisan awalnya tidak dipadamkan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku kerana bahan tulisan amat mahal dan sukar diperoleh. Kini, istilah ini merujuk kepada sesebuah karya sastera yang mempunyai banyak lapis makna. |