Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lus] | تولوس

Definisi : = ~ hati = ~ ikhlas lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang: dgn rasa ~ ikhlas ia me­nyam­but panggilan orang itu; menuluskan menjadikan tulus (bersih, suci), membersihkan (niat dll): hendaklah tuluskan hatimu pd berbuat kebaikan kpd Allah; ketulusan perihal tulus; ~ hati kebersihan dan kesucian hati, kejujuran: manusia telah mensia-siakan kejujuran dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lus] | تولوس

Definisi : , = ~ hati (ikhlas) lurus hati; tidak ada tipu muslihat; jujur. ketulusan, = ~ hati kebersihan dan kejujuran hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulus (adjektif)
Bersinonim dengan tulus ikhlas, tulus hati, lurus hati, ikhlas, bersih hati, jujur, rela, suci, mustakim, sudi, sadik, lurus akal, mukhlis;,
Kata Terbitan : menuluskan, ketulusan,

Peribahasa

Berhampar lapik,
     berlicin daun.

Bermaksud :

Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arm's length transactionurus niaga tulusPentadbiranTiadaTiada
arm's length transactionurus niaga tulusPentadbiran PerniagaanTiadaUrus niaga di antara dua pihak yang tidak ada kaitan.
arm's length transactionurus niaga tulusEkonomiTiadaTiada
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
inniginnigMuzikTiada

 Gaya yang tulus ikhlas. Innig juga bermakna gaya muzik yang halus dan penuh perasaan. Contohnya, mit innigkeit yang bermaksud dengan kehalusan dan penuh perasaan.


Kembali ke atas