Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat jujur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang: dgn rasa ~ ikhlas ia me­nyam­but panggilan orang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tulus (adjektif)
Bersinonim dengan tulus ikhlas, tulus hati, lurus hati, ikhlas, bersih hati, jujur, rela, suci, mustakim, sudi, sadik, lurus akal, mukhlis;,
Kata Terbitan : menuluskan, ketulusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan “Tulus Ikhlas Dari / Daripada (Nama organisasi)”? Contohnya: Tulus Ikhlas dari / daripada Pusat Sumber Sekolah?Ayat yang betul ialah "Tulus Ikhlas daripada Pusat Sumber Sekolah"Tatabahasa14.12.2022
Sila semak samada ayat ucapan Hari Raya seperti berikut adalah betul. Salam Aidilfitri Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin

Ayat tersebut betul untuk digunakan dalam laras ucapan/percakapan, tetapi jika  dalam bentuk tulisan/  teks     lebih baik ditulis seperti berikut: 

Salam Aidilfitri dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Lain-lain30.05.2017
sila alih bahasa ayat ini dalam bahasa inggeris "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada" ...Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah with compliments. Istilah29.06.2009
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan..Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkaliMakna27.11.2008
Saya ingin bertanya penggunaan 'sayugia' didalam ayat. Adakah betul ayat yang tersebut dibawah: 'sayugialah bagi seseorang hamba Allah menyempurnakan ibadah zakat khasnya dan segala ibadah yang lain amnya dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah untuk mendapat keredhaannya.'Ayat itu betul.Lain-lain13.08.2009
Perkataan “Tulis Ikhlas Dari / Daripada (Nama organisasi)”? Contohnya: Tulis Ikhlas dari / daripada Pusat Sumber Sekolah?Ayat yang betul ialah "Tulus Ikhlas daripada Pusat Sumber Sekolah"Tatabahasa14.12.2022
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannyaIkhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud:  (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.Makna29.09.2014

Kembali ke atas