Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ma] | توما

Definisi : sj binatang halus spt kutu (terdapat pd binatang dan juga manusia); perkuda ~ prb sesuatu yg mustahil akan diper­oleh; sembunyi ~ kepala tersorok ekor keli­hat­an prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui walhal diketahui semua orang; takutkan ~ dibuangkan kain prb sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ma] | توما

Definisi : nama sj binatang halus spt kutu yg terdapat pd binatang atau pd manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuma

Puisi
 

Membayar nazar di Tanjung Batu,
     Kain putih dibawa lima;
Biar mati seperti kutu,
     Jangan mati seperti tuma.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTROPOD

Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong

dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang

dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk

daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna

tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan

tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau

artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara

kumpulan artropod yang terpenting adalah:

(1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah,

rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea,

termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam,

udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid,

termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking;

(4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau

gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga

suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza

jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang

terbesar dari segi bilangan spesiesnya.

UMUM 

Kembali ke atas