Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ma] | توما

Definisi : sj binatang halus spt kutu (terdapat pd binatang dan juga manusia); perkuda ~ prb sesuatu yg mustahil akan diper­oleh; sembunyi ~ kepala tersorok ekor keli­hat­an prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui walhal diketahui semua orang; takutkan ~ dibuangkan kain prb sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ma] | توما

Definisi : nama sj binatang halus spt kutu yg terdapat pd binatang atau pd manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuma

Puisi
 

Membayar nazar di Tanjung Batu,
     Kain putih dibawa lima;
Biar mati seperti kutu,
     Jangan mati seperti tuma.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tumanama sj binatang halus spt kutu yg terdapat pd binatang atau pd manusia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tumasj binatang halus spt kutu (terdapat pd binatang dan juga manusia); perkuda ~ prb sesuatu yg mustahil akan diper­oleh; sembunyi ~ kepala tersorok ekor keli­hat­an prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui walhal diketahui semua orang; takutkan ~ dibuangkan kain prb sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumanama sj binatang halus spt kutu yg terdapat pd binatang atau pd manusia.Kamus Pelajar
teropong tumaalat utk melihat benda-benda halus, mikroskop;Kamus Dewan Edisi Keempat
kutu Ibinatang halus spt tuma yg menghisap darah manusia atau binatang (terdapat pd rambut manusia, bulu binatang dll); Pediculus spp.. ~ anjing; ~ babi; ~ daun. ~ embun ki orang yg suka merayau-rayau dgn tidak tentu tujuan pd malam hari. ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan tanpa tujuan. berkutu 1 ada kutu: Rambutnya ~. 2 = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyingkap-nyingkap rambut. mengutui menyelisik rambut seseorang utk mencari kutu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tungausj kutu yg halus spt tuma dan selalunya terdapat pd ayam atau pd kera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tungausj kutu yg halus spt tuma dan selalunya terdapat pd ayam atau pd kera.Kamus Pelajar
tungau Isj kutu yg halus spt tuma (biasanya terdapat pd ayam atau kera); mati ayam, mati ~nya prb a) apabila tuannya atau ketua­nya mendapat kecelakaan anak buahnya turut merasainya juga; b) hal dua orang yg sangat berkasih-kasihan (mati satu mati kedua-duanya).Kamus Dewan Edisi Keempat
sembunyi; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sem­­bunyian bermain menyorok dan men­cari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (me­nutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), me­rahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (me­nyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyi­kan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta.Kamus Dewan Edisi Keempat
pijat-pijatsj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas