Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, tuan. Di sini ada dua soalan ingin meminta pencerahan daripada pihak tuan. 1. Saya difahami bahawa jenis ialah kata nama golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) dan pelbagai bermaksud berbagai-bagai atau beberapa jenis. Oleh itu, frasa yang manakah yang betul bagi (i) pelbagai jenis makanan atau (ii) pelbagai makanan? 2. Perkataan supaya: Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya. Merujuk jawapan tuan pada 03.04.2015, 1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Jawapan yang diberikan ialah ayat (1) lebih gramatis, mengapa? Selepas kata supaya, bukankah perlu kata nama? Oleh itu, ayat kedua bukan lebih tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

1. Frasa yang betul ialah pelbagai jenis makanan. Dalam frasa yang diberikan, perkataan pelbagai jenis boleh digunakan kerana kedua-duanya tidak membawa maksud yang sama. Perkataan pelbagai bermaksud beberapa jenis atau macam. Manakala perkataan jenis dalam konteks frasa tersebut pula merujuk kepada pembahagian atau pengelompokan sesuatu benda, pekerjaan dan lain-lain mengikut keadaan atau sifatnya.

2. Ayat yang betul ialah Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. Perkataan supaya dalam konteks ayat yang diberikan tidak perlu diikuti dengan kata nama kerana perkataan tersebut merupakan kata hubung, bukannya kata sendi nama.

Tatabahasa12.11.2021

Kembali ke atas