Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.buh.tum.bu.han] | تومبوه-تومبوهن

Definisi : segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.buh.tum.bu.han] | تومبوه-تومبوهن

Definisi : 2 = segala yg hidup dan berbatang (berakar, ber­dahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Alah limau oleh benalu.

Bermaksud :

Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TKTumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. 
Tatabahasa04.07.2012
Bolehkah perkataan "tumbuh-tumbuhan" disingkatkan kepada "tumbuhan". Tajuk "Alam Tumbuhan" adakah frasa kata ini gramatis?Penggunaan yang betul ialah tumbuh-tumbuhan, Alam Tumbuh-tumbuhan.Ejaan05.05.2017
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup?

Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup?

Tatabahasa25.03.2010
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasihKedua-da ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2010
saya ingin bertanya, adakah imbuhan pe/peng juga boleh merujuk kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan? saya ingin mendapatkan takrifan bagi perkataan pengguna. contoh : pak mat membeli freskis untuk kucingnya tompok. pak mat tidak makan freskis itu. tompok yang makan. siapakah pengguna freskis itu? pak mat atau tompok? atau kedua-duanya? terima kasih. .Pengguna bermaksud orang dan lain-lain yang menggunakan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini boleh dijelaskan melalui konteks ayat atau penceritaan dalam ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan mudah untuk kita menentukan siapa yang menggunakan/makan makanan tersebut.Tatabahasa04.12.2012
saya ingin bertanya terjemahan bagai perkataan di bawah: 1) plant-based meat 2) plant-based luncheon 3) luncheon meat terima kasih atas kesudian pihak tuan untuk membantu. terima kasih banyak.Kami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Plant-based meat":  Daging berasaskan tumbuh-tumbuhan

2) "Plant-based luncheon": Hidangan berasaskan tumbuh-tumbuhan atau lunceon berasaskan tumbuh-tumbuhan

3) "Luncheon meat": Daging lunceon atau daging jamuan tengah hari
Istilah07.01.2021
Saya perlukan peribahasa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Tolong hantarkan segera.Mohon agar saudara membuat rujukan pada buku Peribahasa Bahasa Melayu. Bagi membantu, saudara boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my, klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan carian dapat diperoleh melalui laman web tersebut, atau membuat rujukan pada buku-buku terbitan DBP yang lain.Lain-lain07.10.2007
Ejaan spesies atau spesis yang tepat? spesies (spésis) golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis. Terima kasihEjaan yang betul ialah spesies.Tatabahasa01.11.2017
Organik - Naturally organic productOrganik - keluaran organik semulajadi Bahan @ proses yang ada kaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Lain-lain09.03.2007
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang sesuai bagi "pineland" dan "tropical hardwood hammocks", yang mana kedua-duanya merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan. Terima kasih.Untuk makluman, istilah "pineland" dan "tropical hardwood hammock" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah15.04.2014
12345

Kembali ke atas